Sunday, December 13, 2009

Masalah Penguasaan Jawi: Kajian Tindakan

Salam Rakan Bloggers…Lama saya tidak berbicara di laman maya ini. Kesibukan tugas saya membuatkan saya agak sukar untuk meng’update’ blog saya. Namun begitu, saya tidak pernah lupa rakan-rakan sekalian. Tidak ada yang baru kali ini, Cuma pada kali ini saya ‘upload’kan kajian tindakan saya semasa di SKDN dulu, bagi memudahkan penyelidik berkongsi idea dengan saya. Semoga bahan yang diuploadkan ini dapat dimanfaatkan oleh kalian. Kalian adalah barisan hadapan pejuang dijalan ALLAH, jangan sesekali biarkan anak-anak didik kita kekurangan ilmu terutamanya dalam bidang Pendidikan Islam dan Jawi.

Kertas Cadangan

Penguasaan Kemahiran Membaca dan Menulis Jawi di Kalangan Pelajar Tahun 4: Kajian Kes di Sekolah Kebangsaan Dusun Nanding

Bab 1: Pernyataan Masalah

1.1 Pengenalan
Tulisan Jawi adalah salah satu daripada warisan bangsa Melayu yang perlu dipertahan dan dipelihara. Pada satu ketika dulu, tulisan jawi menjadi antara medium bagi penyampaian ilmu di kalangan umat Islam di nusantara. Selain sebagai medium penyampaian ilmu, tulisan jawi juga digunakan bagi menyelesaikan urusan harian seperti jual beli, undang-undang, politik dan perhubungan antarabangsa.

Antara bukti tulisan jawi digunakan secara meluas di nusantara ialah penemuan surat-surat perjanjian jual beli yang ditulis dalam tulisan jawi, penemuan batu-batu bersurat yang dijumpai di Kedah dan Terengganu, Kanun Undang-Undang Negeri seperti Hukum 44 di Kedah, Majallah Ahkam di Johor dan Hukum Kanun Melaka yang dipraktikkan di Melaka semuanya ditulis dan dibukukan dalam tulisan jawi lama.

Dalam penyebaran ilmu, tidak dinafikan tulisan jawi memainkan peranan yang sangat penting. Pada zaman dahulu kita dapat lihat, ulama’-ulama’ tersohor di rantau alam Melayu menulis kitab semuanya menggunakan bahasa Melayu dan tulisan jawi sebagai medium penyampaiannya. Antara penulisan tersebut ialah Matla’ al-Badrain karangan Sheikh Ahmad al-Fathani, Furu’ Masail dan Munyatul Musalli karangan Syeikh Daud al-Fathani, Durr al-Thamin karangan Syeikh Abdullah al-Fathani, Faridatul Fara’id karangan Syeikh Abdussamad al- Palembangi dan Bahrul al-Mazhi karangan Syeikh Idris al-Marbawi.

Kebelakangan ini, kita dapati penguasaan dan minat masyarakat terhadap tulisan jawi agak berkurangan. Sebagai bukti, Akhbar Utusan Melayu yang telah diterbitkan sejak sebelum merdeka lagi telah diberhentikan pengeluarannya akibat daripada tidak mendapat sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat Melayu sendiri. Namun begitu, tindakan pantas Kementerian Kebudayaan dan Kesenian menanggung sebahagian besar kos pencetakan akhbar ini menjadikan akhbar ini terus diterbitkan namun bukan lagi sebuah akhbar tetapi hanya dalam bentuk sisipan yang diterbitkan bersama Utusan Malaysia setiap hari Isnin.

Tulisan jawi juga terpinggir selepas kerajaan memutuskan bahawa tulisan rumi digunakan sebagai medium bagi penyampaian bahasa Melayu dan pada satu ketika Pendidikan Islam juga menggunakan tulisan rumi sebagai tulisan rasmi menyebabkan tulisan jawi semakin hilang daripada masyarakat Melayu di Malaysia.

Namun begitu, tulisan jawi kembali diberi nafas baru apabila kerajaan mewajibkan pendidikan Islam menggunakan tulisan jawi dan menyediakan buku teks Pendidikan Islam dalam tulisan Jawi. Selain daripada itu, usaha bekas Perdana Mewnteri yang Kelima Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi memperkenalkan program j-QAF di sekolah-sekolah rendah bermula pada tahun 2005 seolah memberikan tulisan Jawi nafas baru bagi membugarkan semula kegemilangan tulisan Jawi pada satu ketika dulu.

Selain daripada itu, kehadiran Kaedah Ejaan Dewan yang di susun secara teratur oleh pakar-pakar bahasa menjadikan kaedah tulisan jawi semakin tersusun. Wujudnya Kamus Dewan bagi Ejaan Jawi terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka memantapkan lagi usaha jitu kerajaan bagi memartabatkan tulisan jawi. Diharapkan dengan usaha jitu daripada semua pihak dapat mengembalikan semula tulisan jawi sebagai salah satu medium penyampaian ilmu pengetahuan.

Justeru itu, bagi memastikan warisan tulisan jawi ini terkubur, suatu usaha yang bersepadu dan bersungguh secara berterusan perlu dilakukan bagi memastikan tulisan jawi kekal sebagai medium kepada penyampaian ilmu di serata nusantara. Melihat kepada pengalaman semasa sebagai guru, perlu ada kajian yang mendalam berkaitan masalah yang dihadapi oleh murid sehinggakan menghilangkan minat untuk belajar tulisan jawi.

1.2 Latar belakang Kajian

Kajian ini dilakukan sebagai kajian tindakan bagi memastikan bahawa semua murid SKDN menguasai tulisan jawi menjelang 2015 bertepatan dengan misi sekolah, SKDN Cemerlang Menjelang 2015. Kajian ini juga mengambil kira aspek-aspek kelemahan P&P, kesediaan pelajar, motivasi rendah untuk setiap pelajar dan sukatan pelajaran sedia ada.

Kajian ini juga sebagai perintis kepada kajian-kajian yang lebih terperinci dalam bidang pengajaran dan pembelajaran jawi bagi memastikan tulisan jawi terus berkembang subur dalam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan agama.

Diharapkan kajian ini dapat menyelesaikan persoalan penguasaan jawi di kalangan pelajar Sekolah Kebangsaan Dusun Nanding dan akan menjadikan SKDN sebagai sekolah sifar buta jawi menjelang 2015.

Selepas selesai kajian tindakan ini, kajian ini akan dipanjangkan ke Sektor Pendidikan Islam di Jabatan Pelajaran Selangor dan Bahagian PendidIkan Islam di Kementerian Pelajaran Malaysia untuk rujukan dan kajian kes bagi masalah pembelajaran jawi di salah sebuah sekolah di Malaysia.

Semoga kajian ini menjadi titik awal bagi memartabatkan tulisan jawi di peringkat sekolah rendah dan diteruskan diperingkat yang lebih tinggi demi memastikan tulisan jawi terus menjadi pilihan dan perhatian masyarakat Islam dan bukan Islam di Malaysia.
1.3 Latarbelakang Permasalahan Kajian

Kajian ini akan memberikan penumpuan kepada penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi di kalangan pelajar tahun empat. Antara sebab tahun 4 dipilih dan dijadikan penanda aras dalam penilaian ini adalah berasaskan beberapa faktor; pertama, adalah kerana tahun 4 empat adalah fasa peralihan daripada tahap satu kepada tahap dua. Sewajarnya murid telah menguasai kedua-dua asas ini sebagai persediaan kepada kemahiran yang seterusnya pada tahap dua.

Kedua, adalah disebabkan tahun 4 adalah tahun pertama di Sekolah Kebangsaan Dusun Nanding yang menerima program j-QAF di mana program ini membekalkan guru terlatih bersama dengan modul-modul khas terutamanya Modul Pemulihan Jawi. Selain daripada itu, guru-guru ini adalah guru yang dilatih khusus bagi tujuan pemulihan jawi. Justeru, inilah masa yang sesuai menilai keberkesanan program ini dan jika terdapat kelemahan, kelemahan tersebut perlu ditampung mengikut kesesuaian bagi menjamin program ini terlaksana dengan jayanya.

Ketiga, tahap perkembangan fisiologi murid juga berada dalam fasa yang berlainan daripada murid tahun 1 hingga 3. Justeru, kajian ini diperlukan bagi mengkaji bagaimana perubahan fisiologi dan kematangan murid mempengaruhi kemahiran sedia ada.

Kajian ini akan melibatkan semua murid tahun empat SKDN yang berjumlah 115 orang sebagai sampel kajian (soal selidik dan pengumpulan data) dan 7 orang Guru Pendidikan Islam terlatih sebagai responden untuk temubual dan 20 orang murid lemah jawi yang telah dikenalpasti melalui ujian yang dilaksanakan oleh GPI sebagai sampel kepada aktiviti pemulihan jawi.

Kajian ini akan mengumpulkan semua data pelajar tahun empat untuk dianalisis tahap pencapaian sebenar pelajar dalam tulisan jawi. Sumber kepada data-data ini ialah peperiksaan akhir tahun ketika mereka berada di tahun 3, peperiksaan pertengahan tahun bagi tahun semasa dan penilaian jawi 6 bulan yang termasuk dalam instrument j-QAF. Setelah data ini dikenal pasti murid akan dikelaskan mengikut tahap penguasaan jawi mereka seperti Amat baik, Sederhana dan Lemah. Murid yang lemah akan dijadikan sampel bagi aktiviti pemulihan jawi. Manakala murid yang sederhana akan diberi latih tubi di dalam kelas harian. Guru GPI yang mengajar kelas tersebut akan dimaklumkan tahap murid. Pada akhir tahun akan diadakan penilaian sekali lagi sebagai persediaan kepada kajian tindakan selanjutnya.

1.4.1 Tujuan Kajian

Tujuan kajian yang utama adalah untuk mengenalpasti dan mengumpul data berkaitan penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi yang bertujuan untuk memudahkan tindakan susulan dijalankan bagi memastikan SKDN sifar buta jawi menjelang tahun 2015. Antara objektif mikro bagi kajian ini ialah:
1. Mengenalpasti dan mengumpul maklumat berkaitan latar belakang murid. Latar belakang murid juga memainkan peranan penting dalam menentukan tahap pencapaian murid. Ini akan memudahkan guru menggunakan pendekatan yang sesuai.

2. Mengenalpasti jumlah murid bagi pengkelasan yang ditetapkan iaitu baik, sederhana dan lemah. Perincian data mengenai tahap penguasaan murid terhadap sesuatu kemahiran adalah perlu bagi memudahkan guru melakukan aktiviti tambah nilai, pengayaan dan pemulihan di dalam dan luar kelas.

3. Mengenalpasti bagaimana kecenderungan pelajar terhadap tulisan jawi. Ini amat penting supaya aktiviti jawi boleh disemarakkan dengan memahami secara jelas dan terang berkaitan minat murid terhadap tulisan jawi.

4. Sebagai instrumen bagi menilai murid keupayaan asas jawi. Murid yang lemah akan diwajibkan menyertai Kem Celik Jawi yang akan diadakan pada akhir bulan 12. Kem ini bertujuan melahirkan pelajar yang mampu menguasai kemahiran asas bagi bacaan dan tulisan jawi.

5. Mengenalpasti tahap bantuan yang diberi oleh ibu bapa dan penjaga terhadap kemahiran menulis dan membaca jawi.
1.4.2 Persoalan Kajian
Kajian ini cuba merungkaikan persoalan yang unik yang berlaku di kalangan pelajar SKDN. Kajian ini akan cuba melihat kelemahan penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi daripada beberapa sudut yang berbeza. Kajian ini akan cuba mendedahkan kepada masyarakat hubungkait antara kemahiran dan penguasaan pelajar di sekolah dengan latarbelakang sosiobudaya dan sosioekonomi setempat. Kajian ini dengan menggunakan instrumen yang dibina akan cuba memberikan jawapan terhadap hubungkait yang telah dinyatakan.

Kajian ini juga cuba mengaitkan pencapaian murid dengan hubungan mesra antara guru dan murid. Kajian ini akan cuba membina satu modul yang akan diterapkan dalam Kem Celik Jawi yang sudah tentunya menggunakan pendekatan berbeza daripada apa yang murid pelajari dan dapat di dalam kelas. Diharapkan dengan lahirnya modul tersebut dapat memudahkan pelajar menguasai kemahiran membaca dan menulis jawi dalam masa yang telah ditetapkan.

Kajian ini juga cuba menjawab beberapa persoalan yang sering berlegar di fikiran masyarakat awam berkaitan dengan hubungkait penguasaan pelajar dalam sesuatu matapelajaran dengan minat yang telah dipupuk oleh ibu bapa daripada kecil lagi atau minat dan kecenderungan yang dibina oleh guru-guru semasa pelajar berada di tahap yang lebih bawah. Justeru menggunakan instrument temubual dan soal selidik, kajian ini pada akhirnya cuba menjelaskan kepada warga ibu bapa dan pendidik bagaimana membina minat n kecenderungan lam sesuatu matapelajaran khususnya jawi dan pendidikan Islam secara keseluruhannya.

Justeru itu, pada akhir kajian ini, kita akan mendapat beberapa rumusan berdasarkan persoalan kajian yang telah diutarakan di atas dan selari dengan matlamat kajian ini dilaksanakan. Jika penyelidik merasakan kajian ini sebagai kajian pertama dan memerlukan kajian lanjutan, penyelidik akan terus membina hipotesis baru bagi memperincikan lagi aspek-aspek yang tidak diperincikan dalam kajian ini.
1.5 Hipotesis Kajian
Pandangan umum menyatakan bahawa kesediaan pelajar untuk menerima ilmu adalah perkara asas dalam memastikan pelajar tersebut berjaya menguasai kemahiran-kemahiran yang diajar di sekolah. Umum juga di sajikan dengan beberapa kajian yang menyatakan bahawa minat dan kecenderungan murid adalah antara asas utama kejayaan murid dalam penguasaan ilmu pengetahuan. Selain daripada itu, kita sering mendengar, apabila pelajar gagal menguasai kemahiran asas gurulah orang pertama yang dipersalahkan. Selain daripada itu, faktor kelemahan IQ dan EQ pelajar juga sering dijadikan alasan kepada kegagalan penguasaan kemahiran asas.

Kajian ini bukanlah sebuah kajian yang cuba menafikan faktor-faktor yang dinyatakan di atas, tetapi cuba mengutarakan penyelesaian daripada sudut berbeza. Dengan instrumen yang telah dibina kajian ini akan cuba mencari adakah wujud hubungkait antara kemahiran dan penguasaan pelajar di sekolah dengan latarbelakang sosiobudaya dan sosioekonomi setempat. Ini adalah berdasarkan kepada pemerhatian dan pembacaan penulis berkaitan pencapaian UPSR di sekolah bandar, luar bandar, pedalaman dan pinggir bandar. Penulis mendapati ada trend yang berbeza daripada sudut pencapaian pelajar.

Kajian ini juga cuba mengaitkan pencapaian murid dengan hubungan mesra antara guru dan murid. Kajian ini akan cuba membina satu modul yang akan diterapkan dalam Kem Celik Jawi yang sudah tentunya menggunakan pendekatan berbeza daripada apa yang murid pelajari dan dapat di dalam kelas. Ini adalah berdasarkan pengalaman penulis sebagai GPI yang melihat bahawa adanya peningkatan dalam pencapaian jika sesuatu matapelajaran itu diajar oleh guru yang disenangi oleh murid.

Kajian ini juga cuba menjawab beberapa persoalan yang sering berlegar di fikiran masyarakat awam berkaitan dengan hubungkait penguasaan pelajar dalam sesuatu matapelajaran dengan minat yang telah dipupuk oleh ibu bapa daripada kecil lagi atau minat dan kecenderungan yang dibina oleh guru-guru semasa pelajar berada di tahap yang lebih bawah. Kajian ini cuba mencari formula yang sesuai terutamanya bagi GPI untuk menarik minat pelajar terhadap tulisan jawi.
1.6 Kepentingan Kajian
Kajian ini perlu dilaksanakan atas beberapa sebab. Antaranya:
1. Dapat mengumpulkan data lengkap berkaitan maklumat murid antaraya latarbelakang murid dan keluarga dan pencapaian semasa murid. Ini memudahkan GPI untuk lebih memahami masalah murid dan cuba mencari pendekatan sesuai bagi mengatasi masalah tersebut.

2. Dapat mengenalpasti secara tepat jumlah murid yang lemah, sederhana dan baik. Bagi murid yang lemah data sedia ada dapat membantu guru bagi melakukan pemantauan yang berterusan terhadap murid apabila berada di dalam kelas dan di Kem Celik jawi manakala bagi murid yang tahap penguasaannya sederhana akan memudahkan guru untuk membuat aktiviti tambah nilai dan dan pengayaan yang sesuai dengan aras pencapaian murid tersebut.

3. Dapat Mengenalpasti bagaimana kecenderungan pelajar terhadap tulisan jawi. Ini amat penting supaya aktiviti jawi boleh disemarakkan dengan memahami secara jelas dan terang berkaitan minat murid terhadap tulisan jawi.

4. Dapat merungkai hubungan antara prestasi pelajar dengan latarbelakang sosiobudaya dan sosioekonomi, perkaitan antara prestasi cemerlang dengan guru yang baik dan merungkai hubungan dan perkaitan antara minat dan kecenderungan pelajar dengan prestasi semasa pelajar.

1.7 Batasan Kajian

Kajian ini hanya terbatas kepada penguasaan pelajar terhadap dua kemahiran asas tulisan jawi iaitu kemahiran membaca dan menulis . Kemahiran membaca yang dimaksudkan adalah termasuk kemahiran menyebut dan mengingat huruf tunggal, kemahiran membaca suku kata terbuka dan tertutup, kemahiran membatangkan perkataan, kemahiran membaca ayat pendek yang terdiri daripada suku kata terbuka, kemahiran membaca ayat pendek yang terdiri daripada suku kata terbuka dan tertutup dan kemahiran membaca buku cerita pendek. Manakala Kemahiran menulis yang dimaksudkan ialah kemahiran menulis huruf tunggal, kemahiran menulis suku kata terbuka dan tertutup dan kemahiran membina dan menulis ayat pendek yang terdiri daripada suku kata terbuka serta kemahiran menulis ayat pendek yang terdiri daripada suku kata terbuka dan tertutup. Kajian ini tidak menekankan penulisan khat sebagai medium. Pelajar tidak diperkenalkan bentuk-bentuk khat kerana kemahiran itu akan di ajar pada tahun 5 dan 6.

Kajian ini hanya melibatkan semua pelajar tahun 4 SKDN, ibu bapa dan penjaga pelajar dan 7 orang GPI yang ditempatkan di SKDN.

1.8 Definisi Istilah

SKDN- Sekolah Kebangsaan Dusun Nanding
GPI - Guru Pendidikan Islam
j-QAF- Program pemantapan Pendidikan Islam yang diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran bermula tahun 2005. J- Jawi Q-Quran A-Bahasa Arab dan F- Fardhu Ain.


Bab 2: Tinjauan Literatur

2.1 Pendahuluan

Pada dasarnya kajian ini akan memfokuskan berkaitan masalah penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi di kalangan pelajar tahun 4 SKDN. Justeru kajian ini akan mengetengahkan hasil berkaitan perkara yang dibincangkan. Namun sebelum memilih tajuk ini untuk diketengahkan sebagai kajian tindakan, penulis telah menjalankan tinjauan literature berkaitan tajuk yang telah dipilih. Namun hasil tinjauan yang dilakukan masih tiada kajian yang melibatkan masalah penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi secara terperinci.

2.2 Kajian Yang berkaitan

1. Nik Rusila bt Yaakob.2001. Penguasaan Jawi dan Hubungannya dengan Minat dan Pencapaiannya Dalam Pendidikan Islam. Kertas Kerja dalam Jurnal Pendidik dan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Penulis mendapati kajian ini secara detail menghuraikan dengan tepat berkaitan dengan penguasaan jawi di kalangan pelajar dan hubungannya dengan minat dan pencapaian pelajar. Namun begitu, kertas kerja ini di dasarkan kepada pengkajian terhadap beberapa buah sekolah menengah yang sudah tentunya agak berlainan dengan situasi dan keadaan yang berlaku di sekolah rendah. Namun begitu, kajian ini menjadi rujukan penulis sebagai kajian awal yang dirujuk bagi menentukan hala tuju kajian yang akan dilakukan oleh penulis.



2. Hassan Basri. 1991. Laporan Penguasaan Jawi di Sekolah-Sekolah Rendah. Kajian IRPA. Universiti Malaya.
Penulis juga berkesempatan meneliti laporan kajian IRPA yang telah dilakukan oleh beberapa penyelidik daripada Universiti Malaya yang diketuai oleh Dr. Hassan Basri. Apa yang dapat penulis simpulkan ialah kajian ini secara detail menghuraikan berkaitan data dan fakta namun begitu kajian ini dilakukan sekitar hujung tahun 80an dan awal 90an dan penulis berpandangan masih ada ruang untuk menyemak semula kajian yang dilakukan kerana sifat dan sikap pelajar juga berubah mengikut peredaran masa dan suasana setempat.

3. Amri Daud. 2005. Kajian Keberkesanan j-QAF di 2 Buah Sekolah Perintis di Terengganu. Tesis Sarjana Pendidikan. Universiti Malaya.
Kajian yang baik yang dilakukan oleh penyelidik ini. Namun ia berkaitan dengan perlaksanaan keseluruhan j-QAF di Terengganu. Ia melibatkan kajian terhadap modul-modul yang telah dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Jika diteliti, daripada aspek jawi, modul ini memperinci dan menghuraikan keberkesanan aktiviti pemulihan jawi yang dilaksanakan oleh guru j-QAF yang hanya melibatkan modul mengenal dan membaca huruf tunggal jawi. Ini kerana pada masa tersebut, j-QAF baru diperkenalkan dan hanya bermula di tahun 1.

4. Ishak Haron dan Hassan Basri. 1998. Laporan Penguasaan Jawi di Sekolah-Sekolah Menengah. Kajian IRPA. Universiti Malaya.
Kajian yang sangat berkualiti, namun ia dilakukan berdasarkan fakta-fakta yang dikumpulkan khusus berkaitan penguasaan jawi di sekolah-sekolah menengah di Selangor. Justeru, sudah pasti terdapat ruang dan jurang perbezaan yang amat luas dan ketara antara sekolah menengah dan sekolah rendah.


5. Mohd Azhan bin Abdul Halim. 2006. Kajian Tindakan Kepada Modul Senang Jawi. Kajian Tindakan Jabatan Pelajaran Perak. Didapati dari atas talian http://jpnperak.edu.com.my.
Penulis juga sempat meneliti sebuah kajian tindakan yang dilakukan oleh seorang guru cemerlang yang boleh didapati daripada laman web JPN Negeri Perak. Namun ia adalah berkaitan penilain terhadap modul yang dibina dan dilaksanakan oleh guru cemerlang tersebut.

2.3 Kesimpulan

Secara keseluruhannya, tiada kajian yang dilakukan khusus bagi menangani masalah murid berkaitan kemahiran membaca dan menulis jawi. Justeru, penulis berpandangan bahawa tajuk yang diutarakan oleh penulis adalah relevan dan memenuhi kriteria sebagai sebuah kajian baru bagi memantapkan lagi pendidikan Islam di SKDN khususnya dan di Malaysia amnya.

Bab 3: Metodologi Kajian

3.1 Pendahuluan

Kajian ini adalah berbentuk kajian tindakan bagi membantu guru untuk membuat tindakan susulan sama ada untuk aktiviti tambah nilai, pengayaan mahupun aktiviti pemulihan sama ada aktiviti tersebut dilakukan di dalam kelas atau di luar daripada kelas. Justeru bagi mendapatkan kajian yang benar-benar berkualiti, penulis akan membentangkan kepada pembaca berkaitan dengan metodologi kajian yang diikuti oleh penulis bagi memastikan kajian ini benar-benar menepati kajian yang berbentuk ilmiah yang menjadi rujukan di SKDN.

3.2 Reka bentuk Kajian

Kajian ini akan menggabungkan beberapa kaedah. Kaedah pertama akan menggunakan instrumen penilaian yang melibatkan peperiksaan yang telah lepas iaitu peperiksaan akhir tahun bagi tahun lepas (2008), peperiksaan awal tahun bagi tahun semasa (2009) dan instrumen penilaian 6 bulan Jawi. Kaedah ini digunakan bagi menganalisis prestasi lalu dan semasa bagi setiap murid dan mengenal pasti dimanakah kelemahan ketara bagi murid yang gagal untuk lulus.

Kaedah kedua adalah berasaskan kaedah soal selidik. Ia melibatkan pembinaan item untuk soal selidik yang perlu diedarkan kepada ibu bapa bagi mengetahui latarbelakang responden bagi memudahkan aktiviti penyesuaian dilakukan oleh GPI di dalam kelas atau diluar kelas.

Kaedah ketiga adalah berasaskan temubual atau perbincangan profesional bersama rakan GPI bagi mengenalpasti aspek yang menyebabkan murid lemah dan kurang berminat untuk mengikuti P& P jawi di SKDN.
Kaedah keempat, pembinaan modul khusus bagi murid yang lemah jawi, dan modul tersebut akan dinilai keberkesanannya oleh GPI berdasarkan boring-borang penilaian yang telah disediakan. Hasil daripada penilaian tersebut akan dirumus bagi menghasilkan dapatan kajian yang boleh digunakan sebagai rujukan dan penambahbaikan pada masa-masa akan datang.

3.3 Populasi Kajian

Kajian ini tertumpu kepada semua murid tahun 4, Sekolah Kebangsaan Dusun Nanding, Hulu Langat, Selangor yang merangkumi 144 murid. Ia juga melibatkan ibu bapa dan penjaga responden beserta 7 orang GPI.

3.4 Instrumen Kajian

Kajian ini berasaskan beberapa instrumen:

1. Kaedah Peperiksaan dan Penilaian
a. Peperiksaan akhir tahun 2008
b. Peperiksaan Pertengahan Tahun 2009
c. Instrumen Penilaian Jawi 6 bulan
2. Kaedah Soal Selidik
a. Borang A: dihantar kepada ibu bapa respondenbagi mengetahui latarbelakang sosiobudaya dan sosioekonomi responden yang telah dipilih.
b. Borang B: diberi kepada murid bagi menilai hubungkait-hubungkait kepada persoalan yang diutarakan dalam permasalahan kajian.
3. Kaedah Temubual dan Perbincangan Profesional: kaedah ini digunakan sebagai medium untuk bertukar-tukar fikiran dan bagi melihat masalah yang berlaku daripada perspektif guru.
4. Pembinaan modul dan penilaian terhadap modul yang telah dilaksanakan. Hasil yang dirumus daripada ketiga-tiga instrumen yang terdahulu, modul akan dibina berasaskan kepada kelemahan pelajar sedia ada dan digunakan untuk memulihkan pelajar dan modul ini akan dinilai keberkesanannya dari masa ke masa.

3.5 Lokasi Kajian

Kajian ini dilakukan di Sekolah Kebangsaan Dusun Nanding yang berada di bawah Pentadbiran Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Langat, Selangor.

Alamat sekolah ialah:
SK Dusun Nanding
KM 17, Jalan Hulu Langat
43100 Hulu Langat,
Selangor.

3.6 Pengurusan Data

Data akan dikumpul dan akan dianalisis menggunakan perisian SPSS bagi memudahkan dan memastikan ketepatan rumusan yang dilakukan. Kaedah ini digunakan bagi menilai sesuatu data yang bersifat kauntitatif. Namun jika melibatkan kualitatif, aktiviti menilai, mentafsir dan merumus akan dijalankan oleh penulis sendiri.

3.7 Analisis Data

Analisis akan dibuat dalam beberapa bentuk: Pertama bagi data kualitatif, analisis akan dibuat dalam bentuk mod, min dan median bagi memudahkan penyelidik merumus kajian yang telah dijalankan.

Kedua, bagi data yang bersifat kuantitatif atau kajian lapangan analisis data akan dibuat secara deskriptif iaitu dalam bentuk jadual dan peratus dan juga dalam bentuk statistik iaitu dalam bentuk graf bergantung kepada kesesuaian hasil dapatan.

3.8 Kesimpulan

Kajian ini memerlukan sokongan daripada semua pihak bagi memastikan semua objektif yang digariskan dapat dicapai dengan jayanya. Semoga kajian ini menjadi kajian perintis kearah sifar buta jawi bagi mencapai visi SKDN Cemerlang Menjelang 2015.

Rujukan

1. Nik Rusila bt Yaakob.2001. Penguasaan Jawi dan Hubungannya dengan Minat dan Pencapaiannya Dalam Pendidikan Islam. Kertas Kerja dalam Jurnal Pendidik dan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia.
2. Hassan Basri. 1991. Laporan Penguasaan Jawi di Sekolah-Sekolah Rendah. Kajian IRPA. Universiti Malaya.
3. Amri Daud. 2005. Kajian Keberkesanan j-QAF di 2 Buah Sekolah Perintis di Terengganu. Tesis Sarjana Pendidikan. Universiti Malaya.
4. Ishak Haron dan Hassan Basri. 1998. Laporan Penguasaan Jawi di Sekolah-Sekolah Menengah. Kajian IRPA. Universiti Malaya.
5. Mohd Azhan bin Abdul Halim. 2006. Kajian Tindakan Kepada Modul Senang Jawi. Kajian Tindakan Jabatan Pelajaran Perak. Didapati dari atas talian http://jpnperak.edu.com.my.
6. Abdul Majid Konting. 1997. Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur.
7. Idris Awang. 2002. Kaedah Penyelidikan. Akademi Pengajian Islam Univerti Malaya: Kuala Lumpur.
8. Alis bin Puteh. 2008. Kajian Tindakan di Sekolah: Satu Pengenalan. Pure Honey Enterprise: Kuala Lumpur.


Baca Selengkapnya......

Thursday, November 5, 2009

Rentetan Penahanan Seorang Agamawan

PENAHANAN SEORANG AGAMAWAN: HATI KECIL LEBAI BERBICARA

وَأَطِيعُواْ اللّهَ وَرَسُولَهُ وَلاَ تَنَازَعُواْ فَتَفْشَلُواْ وَتَذْهَبَ رِيحُكُمْ وَاصْبِرُواْ إِنَّ اللّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ
Ertinya : Dan taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya dan janganlah kamu berbantah-bantahan, yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan hilang kekuatanmu dan bersabarlah. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar. ( Al-Anfaal : 46 )

Hati kecil saya bergentar apabila saya membaca e-paper pada suatu pagi. Seorang ilmuan agama yang diiktiraf keilmuannya dan lantang memberikan pandangan dalam masyarakat ditahan oleh penguatkuasa JAIS selepas ceramahnya.

Rentetan daripada itu, ramai ilmuan memberikan pandangan sama ada menyokong tindakan JAIS atau menyelar tindakan tersebut. Isu ini menjadi lebih panas apabila di api-apikan oleh media massa arus perdana.



Pada dasarnya, saya bukanlah penyokong Dr Asri, malah dalam beberapa isu, saya memberikan pandangan yang berbeza dengan apa yang dicanangkan oleh Dr Asri. Namun, saya cukup berminat dengan metodologi dakwah yang disampaikan oleh beliau.

Beliau adalah seorang ilmuan yang menggunakan medium dakwah terkini iaitu dengan menggunakan laman webnya selain daripada ‘mass lecture’. Ini suatu pendekatan yang baik dan cukup berkesan dalam menyampaikan dakwah.

Semasa saya sedang menyiapkan komen ini, saya sempat membaca beberapa artikel daripada pelbagai blog dan laman web berkaitan dengan isu penahanan Dr. Asri. Banyak yang mencanangkan isu ini daripada perspektif politik, saya kurang mahir daripada sudut itu, saya juga kurang minat berbicara tentang politik dan saya lebih rasional apabila memberikan pandangan tanpa terikat atau terikut dengan mana-mana fikrah politik.

Saya dapat simpulkan daripada rentetan penahanan Dr. Asri kepada beberapa isu:

1) Isu Tauliah Kebenaran Mengajar

Berdasarkan kepada motif tangkapan yang dibuat oleh JAIS, Dr. Asri disabitkan dengan tuduhan mengajar tanpa tauliah. Tuduhan itu berasaskan kepada Enakmen Syariah sedia ada yang digunapakai di seluruh negara atas nama sultan sebagai ketua agama negeri memperuntukkan Kesalahan Mengajar Agama Tanpa Tauliah adalah satu kesalahan. Jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan dengan RM5000 @ 2 tahun penjara @ kedua-duanya sekali.

Adalah hak JAIS sebagai penguatkuasa Agama di Selangor untuk menahan dan mendakwa Dr. Asri di mahkamah atas tuduhan tersebut. Itu adalah hak mutlak JAIS untuk mendakwa. Sebagai rakyat kita harus patuh pada undang-undang sedia ada, jika penceramah kecil seperti lebai pun perlu mohon kebenaran mengajar, penceramah besar pun perlu mengikuti prosedur yang sama.

Namun begitu, di sini lebai berharap agar proses memohon tauliah itu dipermudahkan terutama bagi penceramah atau tokoh agama yang sudah terkenal di Malaysia dan diiktiraf keilmuannya di kalangan masyarakat; tidak perlu lagi kepada ujian saringan bertulis, kursus dan akhirnya barulah sesi temuduga dijalankan. Lebai mencadangkan agar proses itu dipermudahkan dengan hanya sesi temuduga sahaja tanpa perlu menjalani ujian bertulis, kursus, seminar dan sebagainya. Lebai juga memohon jasa baik bagi pihak Jabatan Agama Negeri agar mempercepatkan tempoh pemprosesan tauliah mengajar bagi golongan ini supaya polemik ini tidak akan berulang lagi.

2) Kelewatan Proses Pendakwaan di Mahkamah
Lebai juga terkejut dengan kelewatan pihak JAIS pada hari tersebut mengemukakan pendakwaan sehingga Dr Asri terpaksa menunggu sehingga hampir 2 jam di Mahkamah. Dalam soal ini, diharapkan agar pihak JAIS lebih bertanggungjawab dan efisien dalam setiap tindakannya kerana ia akan melibatkan kredibiliti agensi penguatkuasaan JAIS.

Kita kerapkali mendengar aduan sama ada secara verbal atau bertulis berkaitan kelemahan kakitangan Jabatan Agama dalam mengendalikan isu-isu yang berkaitan dengan agama yang membabitkan nikah cerai, mahkamah dan sebagainya. Justeru, marilah kita sama sama memperbaiki diri kita dan berbakti setulusnya kepada agama Allah.

3) Etika dan Adab ketika Berbeza pandangan

Kita perlu berlapang dada dan beradab ketika berbeza pandangan dengan ulama’ dan fuqaha’ lain. Kesemua yang berbeza pandangan perlu saling menghormati dan tidak cuba menjadi jaguh di mata masyarakat.

Lebai teringat satu kisah bagaimana Imam Shafie pada suatu masa bersembahyang subuh di sebuah masjid berdekatan dengan pusara Imam Malik; dalam sembahyang subuh tersebut Imam Shafie tidak membaca doa qunut sedangkan beliau berpandangan bahawa doa qunut itu adalah sunat yang dituntut dan disunatkan menggantikan qunut tersebut dengan sujud sahwi. Ini dilakukan semata-mata menghormati pandangan Imam Malik yang dipegang oleh penduduk di kawasan tersebut.

Lebai juga ada memetik artikel daripada Ustaz Zaharuddin dalam laman webnya:
Imam Al-Awza'ie ketika ditanya berkenaan sama ada batal wudhu atau tidak bagi lelaki yang mencium isterinya menjawab :
Ertinya : Jika seseorang bertanya kepadaku, aku akan menjawab, batal dan perlu mengambil wudhu semula, namun sekiranya dia tidak mengambil wudhu, aku tidak akan mengutuknya ( Tartib At-Tamhid, 3/345 )

Imam Ahmad Bin Hanbal pula pernah ditanya sama ada sah solat yang menggunakan kulit musang. Jawabnya :
Ertinya : "JIka perbuatannya itu adalah hasil pemahamannya dari nas ((Apa-apa yang disamak maka telah menjadi suci )), lalu bolehlah solat di belakangnya"[1]
Maka ditanya : Adakah engkau juga melihatnya sebagai harus?
Imam Ahmad menjawab
لا , نحن لا نراه جائزا ولكن إذا كان هو يتأول فلا بأس أن يصلي خلفه
Ertinya: Tidak, kami tidak melihatnya harus, tetapi dia ingin menafsirkannya (menggunakan) nas itu, tiada masalah untuk solat di belakangnya.

Al-Qaradawi menegaskan bahawa kewujudan dua pendapat betul dalam satu masalah, sememangnya boleh berlaku. Beliau mengatakan, mungkin satu pihak mengambil rukhsah, yang lain mengambil ‘azimah. Atau kedua-dua benar dalam situasi tertentu yang berbeza, atau kedua-duanya benar sebagaimana wujudnya qiraat bacaan AL-QURAN.
Banyak lagi kisah-kisah sebegini yang amat baik untuk difahami dan dihayati. Malah perlu difahami juga, hal ini juga boleh berlaku didalam perihal aqidah.

Syeikh Dr Yusuf Al-Qaradawi menjelaskan dengan terang dan nyata bahawa ilmu aqidah itu terbahagi kepada.
• a) Usul Aqidah : iaitu ilmu bersumber ayat Al-Quran yang tidak terdedah kepada sebarang tafsiran dan takwilan menurut ilmu Usul Fiqh seperti kewujudan Allah, keesaanNya, sifat kesempurnaanNya dan banyak lagi.
• b) Furu' Aqidah : Ilmu aqidah yang bersumber ayat Quran dan Hadis sohih tetapi terdedah kepada tafsiran dan takwilan yang sesuai menurut kaedah-kaedah ilmu Usul Fiqh. Seperti Syafaat di akhirat, Melihat Allah di syurga, mentakwil ayat sifat Allah, Imam Mahdi, penurunan Nabi Isa a.s dan banyak lagi.

Justeru, bagi memahami pembahagian ini, perlu difahami sebaiknya ilmu dalalatul ahkam di dalam pengajian ilmu Usul Fiqh.

Saya membawakan hal ini sekadar ingin memaklumkan kepada pembaca bahawa hal ini jika tidak dihayati dan difahami dengan sebaiknya, akan mula muncul perasaan ingin menghina dan bermusuh dengan mereka yang berbeza pendapat dengan kita.

Namun ingat, segala perbezaan ini mestilah datang dari mereka yang berkeahlian.


Ini adalah secebis kisah bagaimana fuqaha’ terdahulu cukup menghormati individu yang berbeza pandangan dengan mereka; Justeru sebelum mengakhiri artikel ini lebai menyeru supaya semua golongan berlapang dada dalam soal berbeza pandangan dan menerimanya secara baik, jangan cuba menjadi jaguh kerana akhirnya masyarakat juga menjadi keliru. Wallahua’lam.

Baca Selengkapnya......

Monday, November 2, 2009

Keajaiban daripada Perspektif Akidah

KHUTBAH JUMAAT
29 0KTOBER 2009
PUSAT ISLAM UiTM PERAK
CAWANGAN SERI ISKANDAR

TAJUK: KEAJAIBAN DARI DITINJAU DARI PERSPEKTIF AKIDAH
OLEH: MUHAMMAD YUSRI BIN YUSOF @ SALLEH
Pusat Kefahaman dan Pemikiran Islam
UiTM Perak

الحمد لله القائل:
17|16|وَإِذَآ أَرَدْنَآ أَن نُّهْلِكَ قَرْيَةً أَمَرْنَا مُتْرَفِيهَا فَفَسَقُوا۟ فِيهَا فَحَقَّ عَلَيْهَا ٱلْقَوْلُ فَدَمَّرْنَٰهَا تَدْمِيرًا
أشهد أن لا إله الا الله وحده لا شريك له. وأشهد أن سيدنا محمدا عبده ورسوله. اللهم صل وسلم وبارك علي سيدنا محمد وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد فيا عباد الله أوصيكم وإياي بتقوى الله فقد فاز المتققون.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Pada hari Jumaat yang berkat dan dalam masjid yang mulia ini, saya berpesan kepada diri saya dan sidang jemaah sekalian. Marilah kita sama-sama mempertingkatkan keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah SWT dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita berbahagia di dunia dan akhirat.

Berdasarkan fenomena yang menggemparkan masyarakat kita baru-baru ini, mimbar pada hari ini akan membincangkan persoalan berkaitan dengan isu keajaiban yang dianggap petanda daripada Allah S.W.T.

Baru-baru ini negara kita dikejutkan dengan apa yang kita boleh istilahkan sebagai fenomena sejadah berdiri seakan menunaikan solat yang mula-mula sekali di kesan di sebuah rumah di permatang pauh, kemudian kejadian yang hampir serupa dikesan di sebuah surau sekolah agama di kelantan dan seteruskan merebak ke surau di sebuah kampung di daerah Yan Kedah.

Fenomena yang hampir sama turut terjadi pada 28 Oktober 2009, apabila negara sekali lagi dikejutkan dengan peristiwa kain pelikat yang di dakwa berdiri seakan bersolat di Kampung Bukit Choras, Pendang, Kedah.



Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Mimbar ingin menegaskan di sini bahawa dalam persoalan yang menimbulkan kegusaran masyarakat kini, marilah kita sama-sama memerhati, meneliti dan memahami al-Quran dengan sebenar-benarnya. Sedarilah bahawa al-QURAN adalah mukjizat agung kepada Nabi Muhammad SAW. Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 23:
وَإِن كُنتُمْ فِى رَيْبٍ مِّمَّا نَزَّلْنَا عَلَىٰ عَبْدِنَا فَأْتُوا۟ بِسُورَةٍ مِّن مِّثْلِهِۦ وَٱدْعُوا۟ شُهَدَآءَكُم مِّن دُونِ ٱللَّهِ إِن كُنتُمْ صَٰدِقِينَ
Yang mafhumnya: “Dan jika kamu meragukan (al-Quran) yang Kami turunkan kepada hamba Kami (Muhammad), maka buatla satu surah semisal dengannya dan ajaklah penolong-penolongmu selain Allah, jika kamu orang yg benar”.

Dalam al-Quran dinyatakan dengan jelas galakan kepada manusia bagi merenung ciptaannya sebagai bukti dan tanda bagi kekuasaan dan keagungan Allah SWT, seperti firmannya di dalam ayat 164, surah al-Baqarah:
إِنَّ فِى خَلْقِ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضِ وَٱخْتِلَٰفِ ٱلَّيْلِ وَٱلنَّهَارِ وَٱلْفُلْكِ ٱلَّتِى تَجْرِى فِى ٱلْبَحْرِ بِمَا يَنفَعُ ٱلنَّاسَ وَمَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ مِنَ ٱلسَّمَآءِ مِن مَّآءٍ فَأَحْيَا بِهِ ٱلْأَرْضَ بَعْدَ مَوْتِهَا وَبَثَّ فِيهَا مِن كُلِّ دَآبَّةٍ وَتَصْرِيفِ ٱلرِّيَٰحِ وَٱلسَّحَابِ ٱلْمُسَخَّرِ بَيْنَ ٱلسَّمَآءِ وَٱلْأَرْضِ لايَٰتٍ لِّقَوْمٍ يَعْقِلُونَ
Yang mafhumnya: “Sesungguhnya pada penciptaan langit dan bumi dan pergantian malam dan siang, kapal yang belayar di laut dengan (muatan) yang bermanfaat bagi manusia, apa yang diturunkan dari langit yang berupa air hujan, lalu dengan itu dihidupkan bumi setelah mati (kering), dan dia tebarkan di dalamnya dengan bermacam binatang, dan perkisaran antara angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi, semua itu sesungguhnya merupakan tanda-tanda kebesaran Allah bagi orang-orang yang mengerti (berfikir)”

Al-Quran secara dasarnya ada menyebutkan tentang galakan dan suruhan kepada memerhatikan ciptaan Allah di muka bumi ini sebagai bukti kepada KEKUASAAN dan KEAGUNGAN ALLAH tetapi perlu kita ingat apa yang disebut ALLAH SWT itu adalah hasil CIPTAANNYA YG ESA bukan hasil CIPTAAN MANUSIA DENGAN KUDRAT YG DIBERI OLEH ALLAH.

Kita kena sedar dan dapat membezakan antara HASIL CIPTAAN ALLAH dan HASIL CIPTAAN MANUSIA DENGAN KUDRAT YG DIBERI OLEH ALLAH. Antara HASIL CIPTAAN ALLAH adalah manusia, pokok, batu, tanah, air, bukit, awan dan sebagainya.

Manakala HASIL MANUSIA pula seperti sejadah, tasbih, kopiah, songkok, buku, rehal, stapler dan banyak lagi yang mana ia dihasilkan dengan pemikiran yang diberikan ALLAH SWT kepada manusia.

Dalam al-Quran dinyatakan dengan jelas bahawa manusia perlu memberikan perhatian dan merenung sejenak ciptaan ALLAH SWT sebagai bukti wujudnya ALLAH sebagai pencipta yang Maha Agung bukan merenung kepada hasil daripada pemikiran manusia. Apa yang ingin ditegaskan di sini ialah kita boleh mengambil iktibar jika yang berlaku itu daripada CIPTAAN ALLAH tetapi kita tidak sesekali boleh mengambil iktibar pada HASIL MANUSIA. Ini kerana jika hasil daripada manusia kebarangkalian ia diselewengkan adalah tinggi ditambah dengan pencapaian teknologi manusia pada hari ini.


Sidang jumaat yang dirahmati Allah swt,

Jika CIPTAAN ALLAH sekalipun, dalam persoalan keajaiban ini juga memerlukan penelitian yang rapi, ingatkah kita apa yang terjadi pada tahun 1989? Negara digemparkan dengan objek yang terbentuk di langit menyerupai nama Allah, orang sedang bersolat dan sebagainya. Selepas siasatan dilakukan oleh pihak berkuasa, di dapati rupanya objek tersebut dibentuk melalui pencahayaan yang dipancarkan ke langit. Pada masa itu, tidak sedikit umat islam di Malaysia mempercayainya.

Keajaiban yang sama juga berlaku pada tahun 2001,yang mana heboh di Malaysia menyatakan bahawa terdapat kalimah Allah pada badan ikan flower horn. Apabila siasatan dilakukan, rupa-rupanya badan ikan tersebut di cat dengan cat merah. Sekali lagi umat islam tertipu dengan apa yang berlaku.

Juga pernah terjadi, kecoh di kalangan masyarakat tentang ayat quran hilang daripada mashaf, merebak dari satu tempat ke tempat lain, pada ketika itu, heboh diperkatakan tentang kiamat yang hampir berlaku, hasil siasatan yang dilakukan oleh JAKIM, mendapati bahawa kehilangan ayat tersebut adalah hasil daripada kesalahan pencetakan, dan akhirnya syarikat tersebut menarik balik semua quran cetakannya dari pasaran.

Dalam soal sejadah berdiri, berasaskan kepada logik akal mungkin sejadah tersebut boleh didirikan oleh manusia sebagai ‘daya penarik’ untuk melariskan apa-apa produknya atau tempatnya. Jika ia terjadi di merata tempat, itu persoalan yang sangat mudah dijawab dengan akal….dalam dunia moden ini, kecanggilan teknologi maklumat membolehkan manusia melakukan apa saja. Era globalisasi menyebabkan jarak sempadan menjadi kecil.

Selain daripada itu, kalaupun tidak dilakukan oleh manusia, mungkin dilakukan oleh syaitan bagi memesongkan akidah manusia. Lupakah kita pada janji syaitan kepada Allah SWT apabila dia enggan tunduk hormat kepada manusia sebagai khalifahnya?Justeru, mempercayai sejadah solat dan bertasbih lebih dari mempercayai Allah SWT boleh membawa kemudaratan kepada iman seseorang.

Justeru sebelum mengakhiri khutbah ini, ingin ditegaskan dua perkara:

1. Jika benar sekalipun ia sebagai petunjuk daripada ALLAH, cukupla ia menjadi muhasabah kepada individu yang melihatnya dan tak perlulah diperbesarkan perkara tersebut kerana ia akan menggemparkan masyarakat.

2. Ingatlah firman Allah:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنْ جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا أَنْ تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَى مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ
Yang Mafhumnya:
”Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik yang menceritakan sesuatu perkara, maka siasatlah terlebih dahulu, jika tidak kamu akan menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak baik, dan kamu akan menyesal dengan apa yang kamu telah lakukan.”

بارك الله لي ولكم في القران العظيم ونفعني وإياكم بما فيه من القران العظيم وتقبل مني ومنكم تلاوته إنه هو السميع العليم أقول قولي هذا واستغفر الله لي ولكم ولسائر المسلمين والمسلمات فيا فوز المستغفرين ويا نجاة التائبين.


Baca Selengkapnya......

Friday, October 23, 2009

SEJADAH BERDIRI: REALITI ATAU FANTASI?




SEJADAH BERDIRI: ANTARA REALITI DAN FANTASI

Oleh: Muhammad Yusri bin Yusof @ Salleh
Pusat Kefahaman dan Pemikiran Islam (CITU)
UiTM Perak, Kampus Seri Iskandar.

Saban hari kebelakangan ini kecoh di Malaysia dengan berita berkaitan dengan perihal sejadah yang di dakwa sedang solat, zikir, sujud dan sebagainya.

Sebenarnya, dalam YOU TUBE dah lama saya lihat sejadah yang di dakwa sedang solat. Mungkin bagi yang jarang atau tidak biasa dengan YOU TUBE, perkara itu dirasakan sangat janggal dan cukup menarik perhatian. Jika tuan-tuan berkelapangan sila ke YOU TUBE dan tuan-tuan taip pada YOU TUBE search engine entri KEBESARAN ALLAH, tuan-tuan akan dapat lihat hasil pencariannya antaranya video sejadah berdiri yang bahasa pengantarnya adalah bahasa Arab, tak tahu dari Negara Arab yang mana.



Pada dasarnya, saya kurang berminat ambil tahu berkaitan dengan ‘keajaiban’- ‘keajaiban’ ini. Bagi saya cukuplah hanya dengan mengkaji al-QURAN dan al-HADIS kita dapat mengenal Allah SWT.

Tuan-tuan, saya mengingatkan diri saya sendiri dan tuan-tuan agar sedar akan kewujudan al-QURAN sebagai mukjizat agung kepada Nabi Muhammad SAW. Cukuplah kita berpegang pada al-QURAN sebagai antara buktinya agungnya Tuhan Yang Maha Esa.

Firman Allah SWT: al-Baqarah: 23 yang mafhumnya:
“Dan jika kamu meragukan (al-Quran) yang Kami turunkan kepada hamba Kami (Muhammad), maka buatla satu surah semisal dengannya dan ajaklah penolong-penolongmu selain Allah, jika kamu orang yg benar”.

Saya tidak menafikan dalam al-Quran ada menyebutkan tentang galakan dan suruhan kepada memerhatikan ciptaan Allah di muka bumi ini sebagai bukti kepada KEKUASAAN dan KEAGUNGAN ALLAH tetapi kita kena ingat apa yang disebut ALLAH SWT itu adalah hasil CIPTAANNYA YG ESA bukan hasil CIPTAAN MANUSIA DENGAN KUDRAT YG DIBERI OLEH ALLAH.

Kita kena sedar dan dapat membezakan antara HASIL CIPTAAN ALLAH dan HASIL CIPTAAN MANUSIA DENGAN KUDRAT YG DIBERI OLEH ALLAH. Antara HASIL CIPTAAN ALLAH adalah manusia, pokok, batu, tanah, air, bukit, awan dan sebagainya.

Manakala HASIL MANUSIA pula seperti sejadah, tasbih, kopiah, songkok, buku, rehal, stapler dan banyak lagi yang mana ia dihasilkan dengan pemikiran yang diberikan ALLAH SWT kepada manusia.

Dalam al-Quran dinyatakan dengan jelas bahawa manusia perlu memberikan perhatian dan merenung sejenak ciptaan ALLAH SWT sebagai bukti wujudnya ALLAH sebagai pencipta yang Maha Agung bukan merenung kepada hasil daripada pemikiran manusia. Apa yang saya nak tegaskan di sini ialah kita boleh mengambil iktibar jika yang berlaku itu daripada CIPTAAN ALLAH tetapi tidak pada HASIL MANUSIA. Ini kerana jika hasil daripada manusia seperti sejadah, kebarangkalian ia dilakukan oleh manusia atau jin itu tinggi.

Dalam soal sejadah berdiri, berasaskan kepada logik akal mungkin sejadah tersebut boleh didirikan oleh manusia sebagai ‘daya penarik’ untuk melariskan apa-apa produknya atau tempatnya. Jika ia terjadi di merata tempat, itu persoalan yang sangat mudah dijawab dengan akal….dalam dunia moden ini, kecanggilan teknologi maklumat membolehkan manusia melakukan apa saja. Era globalisasi menyebabkan jarak sempadan menjadi kecil.

Selain daripada itu, kalaupun tidak dilakukan oleh manusia, mungkin dilakukan oleh jin atau syaitan bagi memesongkan akidah manusia. Lupakah kita pada janji syaitan kepada Allah SWT apabila dia enggan tunduk hormat kepada manusia sebagai khalifahnya?Ingatla saudaraku, mempercayai sejadah solat dan bertasbih lebih dari mempercayai Allah SWT boleh membawa kepada kesesatan yang nyata.

Jika CIPTAAN ALLAH sekalipun, dalam persoalan keajaiban ini juga memerlukan penelitian yang rapi, tuan-tuan ingat tak apa yang terjadi pada tahun 1989? Objek terbentuk di langit menyerupai nama Allah, orang sedang bersolat dan sebagainya. Selepas siasatan dilakukan oleh pihak berkuasa, di dapati rupanya objek tersebut dibentuk melalui pencahayaan yang dipancarkan ke langit. Bukan sedikit orang Melayu mempercayai cerita tersebut.

Tuan-tuan ingat, pada tahun 2001, heboh di Malaysia menyatakan bahawa ikan flower horn ada kalimah Allah pada badannya? Apabila siasatan dilakukan, rupa-rupanya badan ikan tersebut di cat dengan cat merah jenis spray!memalukan, berapa ramai orang melayu tertipu?

Pada tahun lepas, heboh pokok pinang berwajah manusia, kejadian ini berlaku di Sik, Kedah…apa yang terjadi? Orang melayu berpusu-pusu mengambil air dari pokok tersebut yang disifatkan boleh mengubati segala penyakit…syirik, tuan-tuan…ingatla syirik itu dosa besar.

Untuk mengukuhkan penghujahan ilmiah saya, saya datangkan Firman Allah: al-Baqarah ayat 164:

Mafhumya:
“Sesungguhnya pada penciptaan langit dan bumi dan pergantian malam dan siang, kapal yang belayar di laut dengan (muatan) yang bermanfaat bagi manusia, apa yang diturunkan dari langit yang berupa air hujan, lalu dengan itu dihidupkan bumi setelah mati (kering), dan dia tebarkan di dalamnya dengan bermacam binatang, dan perkisaran antara angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi, semua itu sesungguhnya merupakan tanda-tanda kebesaran Allah bagi orang-orang yang mengerti (berfikir)”

Dalam ayat ini dinyatakan oleh Allah bahawa antara tanda Kebesaran NYA adalah dengan memikirkan kejadian dan ciptaannya yang berupa kejadian malam siang, laut sebagai khazanah bumi, hujan, angin dan awan. Ini adalah antara CIPTAAN ALLAH yang boleh difikirkan oleh manusia dan dikaji daripada perspektif sains.

Dalam ayat ini ada disebutkan ‘kapal’, semua daripada kita tahu bahawa kapal adalah ciptaan pemikiran manusia, saya nak nyatakan di sini, rujukan saya kepada beberapa kitab tafsir telah menyatakan bahawa subjek perbahasan dalam ayat ini bukannya kapal tetapi berkaitan dengan laut yang banyak memberikan manfaat kepada manusia. Boleh dilihat dalam;

1. Ahmad Mustafa al-Maraghi. T.th. Tafsir al-Maraghi. Jilid 1. Dar al-Fikr:Kaherah, hlm. 34.
2.Imam Abd al-Rahman Jalal al-Din al-Suyuti. 1983. Al-Dur al-Manthur fi al-Tafsir al-Ma’thur. Jilid 1. Dar al-Fikr: Kaherah, hlm 396.
3. Muhammad Jamaluddin al-Qasimi. 1914. Tafsir al-Qasimi al-Musamma Mahasin al-Ta’wil. Jilid 2. Dar al-Fikr: Kaherah, hlm. 15.

Ini membuktikan pemikiran yang dikemukakan oleh saya tidak bercanggah dengan mana-mana Ulama’ sama ada fuqaha’ terdahulu mahupun komtemporari.

Justeru, sebelum mengakhiri nukilan pada kali ini; ingin saya tegaskan beberapa perkara


1. Jika benar sekalipun ia sebagai petunjuk daripada ALLAH, cukupla ia menjadi muhasabah kepada individu yang melihatnya dan tak perlulah diperbesarkan perkara tersebut kerana ia akan menggemparkan masyarakat.

2. Ingat pesanan Rasulullah SAW, jika datang khabar berita daripada sumber fasik, berita tersebut perlu diteliti dengan sebaiknya.

3. Setiap manusia ada bentuk penghujahannya, justeru saya cukup merendah diri dan berlapang dada dengan golongan yang berbeza pendapat dengan saya. Terpulang kepada diri masing-masing, yang penting, ini hujah saya, saya berpegang kepada hujah ini dan menjadi tanggungjawab saya menyedarkan masyarakat atas ilmu yang saya miliki.

Sekian, Saya Yang Jujur:
Muhammad Yusri bin Yusof @ Salleh
ADM 2075
Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam
Universiti Teknologi Mara
Cawangan Perak
Kampus Seri Iskandar

Baca Selengkapnya......

Tuesday, October 6, 2009

NOTA BUAT SAHABAT





PENGHARGAAN BUAT SAHABAT

Salam Sejahtera Rakan Bloggers yang sering mengunjungiku…Tiada penulisan ilmiah kali ini disebabkan Lebai terlalu sibuk dengan nota untuk pengajaran kelas-kelas Lebai di UiTM.

Lebai terpaksa banyak membaca bagi membuat pengisian kepada Mahasiswa di sini. Hampir setiap hari ada saja buku baru yang akan lebai baca. Sehari sebuah buku, Lebai ikut pesanan guru yang Lebai sgt sanjungi dan hormati PROFESOR MADYA DR. RAHIMIN AFFANDI ABD RAHIM.

Penulisan kali ini berkisar tentang dua insan yang Lebai anggap sebagai sahabat Lebai. Lebai nak ucapkan terima kasih atas pertolongan dua sahabat ini dalam membantu Lebai bagi memberikan yang terbaik di UiTM.

Kedua orang sahabat lebai ini ialah Saudara Adlan bin Mohd Ali, GPK HEM di SK Dusun Tua dan Mohd Hasaidi Hasan, Ketua Panitia Pendidikan Islam di SK Lankon, Kota Marudu, Sabah.

Saudara Adlan atau nama penanya amal ini adalah insan yang mula mengenalkan lebai dengan keadaan sosial dan jalan-jalan di ibu kota. Lebai ni orang kampung, walaupun lama hidup di KL tapi jarang sekali lebai explore semua tu. Perkenalan dengan saudara amal adalah satu rahmat buat lebai. Banyak ilmu dan input baru yang lebai dapat dari insan yang sedang lebai gambarkan.

Tn amal tidak pernah putus daripada mengirimkan email2 yang berguna buat lebai. Jujurnya, banyak email-email tersebut lebai gunakan sebagai bahan2 ceramah lebai di sekolah2 sekitar Kajang dan sekarang lebai banyak gunakannya untuk pengajaran lebai di UiTM. Terima kasih tn amal. Besar pahala yang saudara dapat.

Pada tanggal 2 september 2009, Tn. Amal sekali lagi membantu lebai dengan kesanggupannya untuk menemani lebai ke lowyat. Syurga bagi komputer di KL. Banyak jg yang lebai beli di lowyat pada hari tersebut sebagai gadjet untuk lebai meneruskan perjuangan di UiTM, cuma satu je lagi tn syeikh, speaker kat dewan dan beberapa bilik tutorial di UiTM tidak berfungsi dengan baik, jadi lebai cadang hujung minggu ni lebai nak ke lowyat dengan menaiki lrt untuk membeli speaker yang kita tgk tu…RM 59 he he he.

Saudara Mohd Hasaidi Hassan, insan ini ku kenal sejak dari Nilam Puri lagi. Tapi betul2 rapat ketika berada di Kolej Kediaman Menara Budi di UM ketika kedua-dua kita menyedari ada keserasian bersama. Betul tak Jedi?....ha ha ha…hang ingat lagi tak sapa yang bawa hang pi buat kat pengenalan gara-gara kopek hang (bahasa kedah kopek tu maknaya dompet) kena curi kat masjid?..ha ha ha…hang ingat lagi tak dengan ACC 3856?sapa yang ajar hang naik motor?ha ha ha…pertama kali hang gendong aku hang bawa motor atas line putih tgh2 jalan raya…ha ha ha..ingat lagi tak?

Insan ini juga banyak membantu, memberi semangat dan nasihat ketika lebai mula-mula minta UiTM, ketika lebai mengharungi dua sesi temuduga yang mencabar dan menghadiahkan lebai dengan kamera PC dan pendrive ketika mula-mula lebai melapor diri ke UiTM. Hang tau tak tiap2 hari aku guna pendrive tu….banyak betul ganjaran yang hang dapat Jedi. Setiap kali aku lihat pemberian hang, aku doakan hang juga satu hari nanti akan mendapat ruang sepertiku.

Tak pe jedi, aku percaya satu hari nanti hang juga akan berada di menara gading seperti aku. Doaku tidak pernah putus setiap kali aku berada di pintu bilik yang tercatat namaku. Yang penting kita kena tabah Jedi, kita tak de kabel macam orang lain, hidup susah…hang pun tahu susur galur kehidupan aku, tak de beza, Cuma rezeki aku sedikit cepat…dapat capai impian sedikit lebih cepat dari hang, tapi sebenarnya sudah cukup terlambat berbanding insan lain yang mempunyai kabel.

Jedi pegangla pada falsafah hidup aku.. “takdir itu tidak boleh diubah kecuali dengan doa dan usaha”. Allah Maha Mendengar…Berdoalah sahabatku.

Buat Akhirnya, terima kasih sahabat2ku, kalian dalam ingatan lebai hampir setiap masa. Assalamualaikum.

Saya Yang Jujur: Lebai Yusri…(6.10.2009: 10.05 PM)

Baca Selengkapnya......

Friday, September 18, 2009

TERIMA KASIH UiTM BUAH TANGAN PPDHL



Pada tanggal 15 September 2009 adalah hari yang bersejarah dalam hidup lebai. Lebai telah melapor diri sebagai Pensyarah Tamadun Islam di Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam (CITU)UiTM Perak, Cawangan Seri Iskandar.

Alhamdulillah di sini lebai dapat kawan-kawan baru yang kesemuanya bersifat freindly sama ada pensyarah senior ataupun junior. ada 16 semuanya. Terima kasih rakan-rakan CITU. Lebai harap lebai dapat bersama-sama dengan tuan-tuan untuk menyumbang kepada UiTM.

Lebai juga rasa suka sangat dengan suasana di sini...tenang dan jauh dari hiruk pikuk kota. Ya, ya..memang lebai sukakan 'life' begini.


Kat sini juga lebai kena banyak membaca dan membuat penyelidikan. Aktiviti yang sangat lebai suka. Kelas di sini tak banyak berbanding di sekolah. Lebai hanya mengajar lebih kurang 12 jam sahaja seminggu dengan purata 2 ke 4 jam sehari. Lebai mengajar Islamic Land Law dan Hubungan Etnik.

Yang lebihnya lebai akan gunakan untuk membaca dan membuat penyelidikan. Sekarang ni pun lebai tgh siapkan kertas kerja untuk Seminar Tamadun Islam di UiTM dan Seminar Muamalat Semasa di UKM. Seronok juga hidup dalam dunia akademik ni...dunia yang lebai impikan sejak sekian lama..syukur pada Allah dan terima kasih kepada UiTM kerana memberi peluang kepada lebai.

Semalam, selepas kelas lebai dapat panggilan telefon dari seorang rakan di SKDN yg menyatakan bahawa nama SKDN naik beberapa kali di PPDHL kerana lebai dikatakan tidak menghantar laporan LADAP ke unit Latihan PPDHL. Geram juga hati dibuatnya. Lebai dah di UiTM, tak ada pada ketika itu untuk menjelaskan apa sebenarnya yang berlaku. Tapi biasala, bila nama pegawai....kadang2 lebih suka mendedahkan kepada semua orang pada ketika itu, tanpa terlebih dahulu membuat tindakan susulan. Kalau betul laporan tu tidak dihantar...call la Lebai, tanya apa yang berlaku. nasihat saya "CUBA CARI KESALAHAN DIRI SENDIRI SEBELUM MENYALAHKAN ORANG LAIN"

Ini bukan kali pertama berlaku, dulu Lebai dah hantar laporan, naik juga dalam mesyuarat mengatakan lebai tak hantar, rupa-rupanya laporan yang telah lebai hantar itu tidak boleh dibuka akibat virus...

Kepada semua pegawai-pegawai di mana2 saja anda bertugas, buat tindakan susulan dahulu, buat peringatan dulu, barula dihebahkan di dalam mesyuarat sebagai jalan terakhir. Ingat tuan2, guru-guru pada hari ini terlalu banyak tugasan di sekolah...bukan satu kerja aja...jadi harap ada timbang rasa 'sedikit' dalam menyiapkan tugasan pengkeranian yang bukan 'hardcore' kami.

Kepada sahabat yang mengambil tempat lebai sebagai S/U LADAP, tabahla...lakukan yang terbaik sekadar kemampuan kita, ini adalah masalah kecil saja, lepas ni awak akan menghadapi banyak lagi dugaan. Lebai dah laluinya...ok..jangan risau, lebai percaya awak boleh lakukannya..be the best..salam perjuangan


Baca Selengkapnya......

Friday, September 11, 2009

HULURAN PERPISAHAN SALAM PERJUANGAN










SALAM PERPISAHAN SKDN

Saya tidak tahu bagaimana ingin mengungkapkan perasaan yang bermain di benak saya pada ketika ini. Ada rasa gembira,ada rasa sedih, ada rasa ‘hilang’ dan sebagainya.

GEMBIRA kerana berjaya dalam temuduga sebagai Pensyarah UiTM dan akan ditempatkan di UiTM Perak, Kampus Seri Iskandar. GEMBIRA kerana setelah melalui 2 sesi temuduga yang cukup mencabar iaitu pada tanggal 29 dan 30 Julai 2009. Apa yang saya nak ceritakan ialah hampir semua temuduga itu dijalankan di dalam Bahasa Inggeris.

Bukan mudah bagi seorang LEBAI pondok seperti saya melaluinya. Tapi syukur, itu semua sudah menjadi ketentuan ALLAH untuk hambanya. Tidak ada perkataan yang dapat digambarkan apabila menerima panggilan telefon dari UiTM pada 23 Ogos 2009 dan disusuli dengan surat tawaran pada 26 0gos 2009 selain daripada perkataan ALHAMDULILLAH


GEMBIRA kerana setelah melalui tempoh sukar dipinggirkan oleh Universiti Malaya sebagai seorang mahasiswa yang mendapat PNGK akhir 3.89 dan dianugerahkan pelajar terbaik Matrikulasi APIUM pada tahun 2000, Anugerah Dekan hampir setiap sesi akademik dan Anugerah Universiti pada Konvokesyen 2005 tanpa sebarang tawaran sebagai Tutor, Tutor Sementara, SLAB atau SLAI, LEBAI melangkah juga walaupun kakinya terpasung luka, hatinya tercalar bisa, meminggirkan sayu yang merudum kalbu langkah kakinya diteruskan juga ke Medan Ilmu.

Dipinggir hanya kerana TIADA KABEL. Hatinya tabah, jari jemarinya tidak pernah leka dari mengesat airmata yang menitis dek kerana impian tidak tercapai.Sebelum ini juga LEBAI terpaksa melupakan impian belajar di University of Yarmouk, apabila KPM tiba2 membatalkan penajaannya kepada LEBAI akibat kegawatan ekonomi yang melanda pada tahun 1998 dan menghantar pulang semua pelajar tajaannya...
“kerana cinta (ilmu), aku kembara…
Bagai camar, melintas laut,
Mencari pohon, untuk berteduh…
Sepasang ‘SAYAP’ tak terlihat..
Umpama mimpi yang tersimpan
Jadi rintik-rintik hujan
Menciptakan AWAN YG TERPILU”


Di saat sahabat2 LEBAI menyambung pengajiaan mereka dengan tajaan daripada UM, pencarian ilmu LEBAI diteruskan di Universiti Kebangsaan Malaysia, dengan bekerja sebagai ‘waiter’ di Rimbun Klasik, LEBAI menyambung pengajiannya tanpa ada sebarang tajaan daripada mana-mana pihak. Pagi ke kelas, habis kelas LEBAI mengambil upah menyiapkan ‘tugasan’ orang lain. Sebelah malam LEBAI bekerja sebagai ‘waiter’ yang gajinya hanya RM 15 semalam. Balik jam 1 pagi LEBAI mengulangkaji sehingga ke subuh dan terus ke kuliah di sebelah pagi. Pada masa itu, LEBAI hidup dalam keadaan yang sangat sukar. Itulah rutin hidup LEBAI selama 2 semester sebelum LEBAI akhirnya diberi pinjaman oleh LEMBAGA BIASISWA NEGERI KEDAH.

Hidup LEBAI kemudian bertambah ‘lega’ apabila berjaya menempatkan diri sebagai RA kepada Ayahanda Profesor Madya DR HAILANI MUJI TAHIR. Ayahanda yang banyak membantu. Akhirnya LEBAI berjaya menyiapkan tesis MA yang bertajuk Usul dan Kaedah Fiqh dalam Pembangunan Pasaran Modal Islam di Malaysia.


Dalam masa yang sama, LEBAI memohon untuk KPLI dan hati LEBAI lega apabila terpilih dan ditempatkan di MPIK dan sekolah praktikum pada ketika itu di SK DUSUN NANDING. Di sinilah kerjaya LEBAI sebagai guru j-QAF bermula.

SEDIH kerana terpaksa meninggalkan SKDN yang hampir 4 tahun LEBAI jatuh dan bangun bersamanya. Pentadbir yang cukup menyokong setiap aktiviti yang ingin LEBAI laksanakan. Syukran Tuan GB, Puan Nazirah, Barisan GPK Tuan Azman, Puan Normadiah dan Puan Ropitah.


SEDIH kerana terpaksa meninggalkan sahabat-sahabat seperti SIFU, AMAL, CHE MAN, CHIP BEN, JIJAN, PEJAL, AMIL,HISHAM,SIR, ABG AJAK, ITO, WAN, YASIR, NAZRI MPT dan NAZRI PERKASA. Kalian adalah insan yang menggembirakan LEBAI, betul….sungguh…

SEDIH kerana terpaksa meninggalkan ‘KAKAK –KAKAK’ yg selalu bagi LEBAI ‘MAKANAN & MINUMAN FREE’…he he he….KAK NORMAH, KAK LIZA, KAK HALI, KAK LILY, KAK YANI, KAK ZANA DAN KAK SAL. Hari-hari LEBAI ‘pau’ diaorang ni….ada ajelah…sushi,nasi lemak,limau,air kotak, kuih, biskut, kerepek dan sebagainya…LEBAI pinjam kata-kata AMAL pada tanggal 16 Ogos 2009…’LEBAI ni banyak kakak kat SKDN, jeles I’…he he he..jgn marah TN SYEIKH…LEBAI anak dan adik ‘bongsu’…he he paham-paham ajelah…

SEDIH kerana terpaksa meninggalkan rakan-rakan j-QAF yang menganggap diri LEBAI sebagai adik beradik sendiri…kepada LIA…your are great teacher, your are great friend…tak pernah marah aku walaupun kadang-kadang aku ‘mengular’ dek kerana tugasan lain untuk sekolah yang terlalu banyak terbeban atas bahuku. Terima kasih atas kesudian memahami diriku dan situasi yang perlu aku tempuhi.

NOR..awak pula tak pernah walau sedikitpun berkasar dengan saya. Tak pernah, ya.. tak pernah walaupun sekali…itu istimewanya awak. Apapun saya harapkan agar awak sentiasa success dalam tugasan yang diberi. NOR tolong bantu LIA dan MAS dalam apa jua keadaan.

MAS…hemmm, adik paling ‘kecil’ dalam j-QAF..rajin, bersemangat, gigih dan komited…bagus..kekalkan komitmen anda MAS..tolong bantu LIA dan NOR dalam apa saja tugasan j-QAF selepas ketiadaan LEBAI kelak..Tapi jangan buat keja sorang tau…nanti tension..ha ha ha…


BUAT INDIVIDU yang tidak LEBAI CORETKAN di sini…anda juga pada hakikatnya banyak membantu LEBAI, Cuma ruangan yang terbatas ini LEBAI tak mampu nak coretkan ke semuanya…Kalian semua tetap dalam ingatan LEBAI. LEBAI sentiasa doakan kalian.

Buat akhirnya….LEBAI menghulurkan salam perpisahan, semoga mendapat pengganti yang PASTINYA lebih baik dari LEBAI.

TERIMA KASIH PAK LAH
TERIMA KASIH KPM
TERIMA KASIH JPNS
TERIMA KASIH PPDHL
TERIMA KASIH SKDN

SALAM, SALAM KEMAAFAN
SALAM,SALAM PERPISAHAN
SALAM,SALAM PERSAHABATAN
SALAM,SALAM PERJUANGAN

Yang benar..

LEBAI YUSRI
11 SEPTEMBER 2009
4.02 AM

Baca Selengkapnya......
Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template