Salam Sejahtera..buat rakan blogger yang sering mengunjungi ku...tak de bahan ilmiah pada post kali ini..kesibukanku membuatkan penulisan terhenti..buat Amal..saya mohon maaf..artikel saya tentang poligami hampir siap..tapi musnah angkara mother board komputer usang saya rosak..aduh..penat..banyak maklumat dan bahan ilmiah hasil nukilan saya musnah..takpela...ini semua ketentuan Allah buat saya..yang pastinya semangat saya akan terus membara untuk terus menghasilkan lebih banyak penulisan ilmiah pada masa-masa akan datang...Selamat membaca...
Buat Insan Yang Ku Anggap Sahabat...(Jedi, Azrin, Anyah, Sifu dan Amal)
Teringat ku kepada garapan bait indah lagu nasyid yang dinyanyikan oleh Kumpulan Hijjaz:
Telah tiba saat waktu
Kau tinggalkan kami
Kerana takdir yang maha esa
Telah menetapkan
Pedih rasanya hati ini
bila mengenangkan kau sahabatku
Kau teman sejati...
Satu ketika diri ini mempunyai seorang sahabat yang bernama:
Hasaidi..
Insan yang istimewa...
Perhubungan melebihi batas sahabat..
Mungkin boleh ku gambarkan
Sebagai adik beradik
aku yang keenam...
Dia sering membantuku di saat aku
Dilanda kesedihan dan kesusahan..
Memahami dan mengerti
Keikhlasan yang berada di dalam dadaku ini..
Setiap langkahku dijadikan tauladan..
Setiap tutur kataku dijadikan sempadan..
Setiap gerak geriku dianggap sebagai motivasi..
Buat sahabat..
Diri ini tidak sesempurna
Seperti mana yang engkau gambarkan..
Kekadang aku juga tersasar...
Aku juga bukanlah seorang 'wali'
seperti yang kau agungkan..
Insan biasa,tiada kelebihan
Hamba umpama rumput dibumi
Rendah sekali pada yang banyak..
Azrin...
Kau juga terlalu istimewa buatku
Kita selalu tidak sehaluan bila bersama
Tetapi mempunyai hati dan naluri yang sama
Kau juga menganggap aku
Beruntung dilahirkan sebagai Yusri
Untung? Ya aku beruntung..sangat beruntung..
Di matamu akulah seorang sahabat...
Sehingga pernah keluar daripada
Bibirmu..aku umpama satu dalam sejuta..
Alhamdulillah..syukur..kalau itu yang kau rasa..
Aku pun begitu..engkau umpama bintang dilangit..
sentiasa bersinar..walaupun
Terkadang dirimu penuh dengan dugaan...
Aku tahu kau menyayangiku
Sebagai seorang sahabat..
Walaupun tanpa aku sedarinya..
Rin..maafkan aku atas kesilapan yang lalu..
Aku juga manusia biasa..
Slalu sangat menyakitimu...
Tapi percayala..
Aku tidak pernah lupa untuk mendoakanmu...
Mendoakanmu hampir setiap masa...
Anyah...
Kehadiranmu walaupun seketika..
Membuatkan hidupku ceria..
Banyak yang dipelajari daripada insan
Yang tengah ku gambarkan ini...
Sabar, berlembut dan kekadang amat tegas
Hinggakan aku menitiskan airmata..
Tapi aku amat menghormatimu...
Terima kasih atas huluran persahabatan
yang telah kita bina...
Di matamu aku seperti fahri...
Sudah tentu aku juga istimewa
di hatimu...sebagai seorang adik..
adik yang sangat manja..
Kekadang tak tertahan juga dengan perangai ku..
Buat insan yang ku panggil anyah..
aku juga insan biasa..
banyak melakukan kesilapan..
Aku mengharapkan agar kau
memahami dan mengerti apa yang tersirat
di dalam hati ini..
aku bukan seperti setengah insan lain..
cuba mengambil kesempatan atas kebaikanmu..
Aku tidak anyah..demi tuhan...
Tak terniat dihati ini selain daripada
menjadi insan yang membantumu
di saat kau perlukan
dan gembira dan bersyukur bila kau gembira..
Mendoakan mu menjelang pagi dan petang
Aku tidak mengharapkan apa2 daripada perhubungan ini
Sekadar mengharapkan redha dan balasan
Daripada tuhan yang esa..justeru..
panggillah diri ini 'ADIK'...
Panggilan yang cukup menggembirakan
Hati yang sangat lembut ini...
Sifu dan Amal..
Dua orang yang aku kenal di SKDN...
Pertemuan mulanya hanya teman biasa..
Lama kelamaan..hati mula terpaut
atas keikhlasan yang ada..
Hatiku terpaut atas pertolongan yang datang..
Kadang2 tanpa perlu aku pinta..
Sifu...
Aku tahu kau juga tidak lama di SKDN
walau apapun jejak langkahmu
ingatlah..masih ada hamba kecil
Berdoa untuk kebaikanmu
Berdoa untuk hasrat baikmu..
Berdoa semoga kau sihat selalu
Dan berjaya mencapai apa yang dihajatimu...
Sifu, jangan sekali kau
putus harapan dengan Allah
Minta, berdoalah
Allah pasti akan memperkenankannya...
Amal...
Sewaktu aku menerima panggilanmu
Aku tergamam seketika..
'GPK'...ah! aku akan kehilangan
teman berbual, teman bagi meluahkan perasaan
teman yang memahami setiap situasi
yang sedang aku tempuhi...
Aku kehilangan razali buat kali kedua..
Pada ketika itu, aku akan rasa seperti
hilangnya cikgu razali
Satu ketika dulu gara gara
penyakit yang sama 'GPK'..
Amal, pria prai, Chulan Chin, 4444, Mira dan Kail Usang
Aku mohon seribu kemaafan atas
Segala kesalahan yang tidak aku sengajakan..
Yang pasti aku tidak akan menyakitimu dalam keadaan sedar..
Terimala dariku..salam perpisahan
Semoga Rahmat Allah dan Redha Rasul mengiringimu..
Ameen...
Buat sahabatku..semoga kita dalam rahmat dan lindungan illahi...
SENARAI GRADUAN SESI 2016
-
*SENARAI PELAJAR YANG AKAN DIIJAZAHKAN DI MAJLIS PENGIJAZAHAN DARUSSYIFA'
PADA 25-DIS-2016 (AHAD).*
Kepada pelajar Pengubatan Islam Darussyifa' Bangi Kumpu...
8 years ago
6 comments:
yusri...
seindah namamu insani...
entah mengapa ku senang sekali...
merangkak...berjalan..berlari....
semuanya mudah pabila mu disisi...
huluran tanganmu seringkali melebihi batasan insani(alien kot)....kadang2..ku terfikir..siapakah insan yang begitu istimewa ini.....wali?..tiada wali yang mencanangkan dirinya wali...hanya mata yang melihat..telinga yang mendengar...hati yang menimbang..tahu hakikat ilahi...merendah diri...baik budi pekerti...akan menawan setiap insan yang mempunyai hati nurani..percayalah yusri..walaupun rumput menyembah bumi...namun rumput itulah yang menahan kepanasan bumi...terang hijau menenangkan hati....memaut rapat tanah yang sentiasa ingin rebah dek pergerakan bumi...sahbat ku yang sejati...yusri...seindah nama yang diberi..ikhlas dari jedi
fuyyo jedi...jiwang oooooo...tksh ats segalanya...bila membaca kelu lidah...
salam sdraku..
tersentuh amat, tatkala usai menghayati tiap kalimatmu yg terangkum.
satu penghormatan yg diterima- sangat2 kuhargai..
sememang ukhuwwah yg terjalin, seolah telah bertahun2 diladeni.
ketulusanmu, sifat menghormati orang lain, tidak pernah menyakiti (menyakat tu, biasa ler!), mudah menjelaskan kemusykilan, sikap sedia dan senang membantu, - semuanya itu menjadi pemangkin kepada utuhnya persahabatan kita.
(sebetulnya teman lebih suka menganggap persahabatan kita sebagai "persaudaraan"- ada rasa sebagai ahli keluarga, meski berlainan salasilah!)
apa boleh buat..belum sempat sifu meninggalkan kita, rasanya teman dulu yg perlu berangkat pergi..
pada kesempatan ini, biarlah teman awal2 lagi - memohon SEJAMBAK KEMAAFAN, atas segala silap dan salah yg teman lakukan sepanjang kita merakit persaudaraan.. HALALkan segala2nya..
biarpun nanti tidak menjadi 'keluarga SKDN', kalian tetap teman anggap sebagai saudara, selamanya..
*Sikap gigihmu yg bekerja keras mencari dana bagi pembiayaan pembedahan ibumu, amat kukagumi. semoga ALLAH SWT merahmati & memberkati segala usahamu, seterusnya membuka pintu rezeki-NYA yg melimpahruah buatmu mencapai segala yg dihajati. amiin.
Terima kasih atas tinta yang cukup bermakna buat saya...amal..bukan rahsia lagi kemampuan untuk mengungkap bait-bait indah...orangnya memang berpengalaman...
tapi yang pelik bin ajaib..jedi nih???perkh...dahsyat-dahsyat..herk..ha ha ha
he...he...buakankah kuah tumpah ke nasi...bakat yusri tumpah ke jedi...ceewah
sebenarnya baru skrg aku baca dgn kusyuk..maaf..sebab diwaktu lain ada saja ganggguan bukan drp tn lebai atau tn sheikh..lagi satu aku x pandai m'gunakan bait2 indah mcm tn sheikh dan jedi..cuma hanya ada keikhlasan di hati..hang ngan sheikh saja tempat luahan hati..yg dpt dikongsi ..berita gembira, sedih dsb..nya..korang lah orang yg pertama..kalo yg lain rasanya spt dinding yg boleh b'cakap..itulah bezanya kawan dan sahabat..apapun tiada yg kekal di dunia ini..harus kurelakan kome pergi..demi cita2 dan peningkatan diri..lepas ni jgn la lupa kat aku..w/pun di mana berada..nama2 kome sentiasa dihati..
Post a Comment