Tuesday, March 30, 2010

Sistem Gadaian di Malaysia: Analisis Perbandingan

SISTEM GADAIAN DI MALAYSIA: ANALISIS PERBANDINGAN

Oleh:
Muhammad Yusri bin Yusof @ Salleh
Paiz bin Hassan
Mohd Zahirwan Halim bin Zainal Abidin
Hamdi Rahman bin Mohd Yaacob
(Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam, Universiti Teknologi MARA, Perak)


Mohd Hasaidi bin Hassan
(Pelajar Sarjana, Sekolah Pengajian Sosial dan Kemanusiaan, UUM)

ABSTRAK

Pajak Gadai di Malaysia begitu mendapat sambutan yang memberangsangkan di kalangan masyarakat kelas miskin dan menengah bagi mendapatkan sumber kewangan dengan cepat dan mudah. Atas asas itu, Kedai Pajak Gadai dan Kedai Emas di seluruh Malaysia menawarkan skim pajak gadai ini. Kemasukan gelombang Islamisasi ke Malaysia membawa sekali semangat untuk menerapkan Islam dalam seluruh system kehidupan dan kenegaraan masyarakat Malaysia. Hasil daripada dorongan dan gelombang tersebut lahir institusi Perbankan dan Pasaran Modal Islam di Malaysia pada awal 1980 an. Kewujudan al-Rahn adalah pelengkap kepada sistem kewangan yang ada iaitu pada mulanya al-Rahn ditawarkan oleh Institusi bukan Perbankan (NBFI) seperti Bank Kerjasama Rakyat yang dibangunkan di bawah Akta Koperasi 1970, Muassasah Gadaian Terengganu dan Permodalan Kelantan Berhad. Perkembangan dan sambutan yang menggalakkan memberikan semangat kepada institusi perbankan menawarkan perkhidmatan al-Rahn yang terpisah daripada perkhidmatan perbankan yang ada. Hasilnya lahir Bank Islam, EON Bank dan Bank Pertanian (sekarang Agro Bank) dengan instrumen al-Rahn masing-masing. Kajian ini akan menelusuri sejarah al-Rahn di Malaysia dan analisis perbandingan dengan sistem pajak gadai konvensional.



SISTEM PAJAK GADAI DI MALAYSIA

Amalan gadaian sudah menjadi perkara lumrah dan menjadi darah daging dari segi praktiknya kepada masyarakat Malaysia khususnya orang-orang Melayu (Islam) dalam memenuhi keperluan kredit mudah tunai bagi golongan yang berpendapatan rendah. Amalan tersebut terus berjalan walaupun ada sungutan tentang adanya unsur penindasan terhadap pelanggan yang dilakukan oleh institusi pajak gadai konvensional tersebut.
Perjalanan sistem pajak gadai oleh pemegang pajak gadai di Malaysia tertakluk kepada Akta Pemegang Pajak Gadai 1972. Akta ini adalah menggantikan Sembilan Enakmen /Ordinan yang berasingan di Malaysia sebelumnya iaitu (Azizian Abdul Hamid: 2006).
i. Ordinan Pemegang Pajak gadai Negeri-negeri Melayu Selat Perkara 216 (Pawn-Broker Ordinance S.S. Cap 216). Pemakaiannya termasuk di Pulau Pinang, Melaka dan Singapura.
ii. Enakmen Pemegang Pajak Gadai Negeri Melayu Bersekutu Perkara 85 (Pawn-brokers Enactment F.M.S cap 85). Pemakaiannya termasuk di Pahang, Selangor, Perak dan Negeri Sembilan.
iii. Enakmen Pemegang Pajak Gadai Negeri Johor No. 36.
iv. Enakmen Pemegang Pajak Gadai Negeri Kedah No. 71.
v. Enakmen Pemegang Pajak Gadai Negeri Terengganu No. 42.
vi. Enakmen Pemegang Pajak Gadai Negeri Perlis No. 5 Tahun 1335H.
vii. Enakmen Pemegang Pajak Gadai Negeri Kelantan No.8 tahun 1910.
viii. Ordinan Pemegang Pajak Gadai Negeri Sabah Perkara 94.
ix. Ordinan Pemegang Pajak Gadai Negeri Sarawak Perkara 115.

Akta berkenaan menjelaskan kuasa mengeluar dan penarikan balik lesen dan peraturan-peraturan yang lengkap mengenai pelbagai urusan penggadaian. Akta ini juga memberikan kuasa kepada Menteri untuk menetapkan bilangan lesen dikeluarkan di tiap-tiap kawasan dalam negeri-negeri dan melantik beberapa pegawai pelesen dan inspektor pajak gadai dalam negeri-negeri tersebut.

Mengikut Seksyen 3(1) Akta berkenaan, seseorang itu dikira menjalankan urusan pajak gadai sekiranya ia:

a. Menerima atau mengambil daripada sesiapa juga sebarang benda yang dijadikan sebagai cagaran untuk pembayaran balik pendahuluan wang atau sejumlah wang yang tidak melebihi lima ribu ringgit.
b. Membeli atau menerima atau mengambil benda-benda dan seterusnya membayar atau mendahulukan atau member pinjaman wang yang tidak melebihi lima ribu ringgit dengan perjanjian atau persefahaman sama ada secara nyata atau tidak nyata bahawa benda-benda berkenaan kemudiannya akan ditebus atau dibeli semula dengan apa jua syarat.

Kajian mengenai penglibatan masyarakat di Negara ini yang menggunakan perkhidmatan kedai pajak atau pawn-brokers pernah dibuat oleh pusat penyelidikan Islam, Jabatan Perdana Menteri pada tahun 1978 ke atas 13 buah premis Kedai Pajak Gadai di Wilayah Persekutuan. Kajian menunjukkan pelanggan-pelanggan yang terlibat menggunakan perkhidmatan tersebut mengikut pecahan kaum ialah 42.05% ialah orang Melayu, 31.14% orang India,26.58% orang Cina dan 0.23% lain-lain bangsa. Oleh kerana tidak ada suatu sistem alternatif kepada masyarakat terhadap system gadaian pada masa tersebut, mereka terpaksa berurusan kerana desakan hidup walaupun sistem ini memberatkan pelanggannya. Antara rasa tidak puas hati yang disuarakan dalam pengamalan sistem ini ialah (Azizian Abdul Hamid: 2006).

a. Semakin rendah nilai barangan (sandaran), semakin tinggi kadar bunga yang dikenakan.
b. Memberi pinjaman kepada penggadai dengan tidak memberikan nilaian sandaran semasa ke atas barang yang digadaikan.
c. Menghilangkan hak penggadai di bawah undang-undang jika tidak dapat ditebus.

LANGKAH MEREALISASIKAN AL-RAHN DI MALAYSIA

Keputusan menubuhkan perbadanan al-Rahnu di Malaysia telah diputuskan dalam persidangan Pengarah/ Yang Di Pertua Jabatan Agama Islam Negeri-negeri ke-13 pada 28 Mei 1979 di Melaka. Ekoran keputusan tersebut beberapa siri perbincangan lanjut mengenainya termasuk memperkemaskan peraturan/undang-undang mengenainya telah dirangka bagi tujuan penyelarasan di semua negeri. Laporan mengenai cadangan penubuhan Perbadanan al-Rahn ini telah dipersetujui bagi mulai 30 Januari 1985 (Azizian Abdul Hamid: 2006) .
Selain daripada itu terdapat pengecualian di bawah Seksyen 46, Akta 81–Akta Pemegang Pajak Gadai 1972, ianya menyebut bahawa organisasi berikut adakah dikecualikan daripada peruntukan Akta ini, iaitu :
i. Sebuah bank yang diberi lesen untuk menjalankan perniagaan bank di Persekutuan;
ii. Bank Pertanian Malaysia yang ditubuhkan di bawah Akta Bank Pertanian Malaysia 1969; dan
iii. Sebuah syarikat kerjasama yang didaftarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berkuatkuasa di Persekutuan berhubung dengan syarikat kerjasama.
Sehubungan dengan Akta di atas maka wujudlah satu peluang baru yang selaras dengan tuntutan Islam yang mana ianya dinamakan Skim Pajak Gadai Islam Ar-Rahnu. Skim ini juga merupakan rentetan dari perlaksanaan Syariah dalam sistem perbankan pada awal 1983. Ianya telah dilaksanakan buat pertama kalinya oleh Majlis Agama Islam Terengganu pada 23 Januari 1993 dengan dikenali sebagai Muassasah Gadaian Islam Terengganu.
Perlaksanaannya yang memenuhi kehendak Syariah Islam telah menarik minat Perbadanan Kemajuan Iktisad Kelantan (PKNK). Melalui anak syarikatnya iaitu Permodalan Kelantan Berhad (PKB) ia telah mewujudkan ‘Kedai Ar-Rahn’ yang mula beroperasi pada Mac 1992. Dari segi perlaksanaan yang lebih meluas, Bank Kerjasama Rakyat dengan kerjasama Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YPEIM) telah memperkenalkan skim ini kepada masyarakat umum. Perlaksanaannya mendapat kerjasama sepenuhnya dari Bank Negara Malaysia yang turut bertindak sebagai badan kawal selia kerajaan pada 23 Oktober 1995 (Abdul Rahman Dewani: 2005).
Sambutan yang baik dan menggalakkan daripada pelbagai golongan telah memberi peluang kepada YPEIM untuk menjadi pelopor yang berdaya saing. Fasa seterusnya dijalankan dengan kerjasama Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) dan Bank Pertanian Malaysia (BPM) pada November 1997. Sungguhpun begitu, perlaksanaan skim ini di semua institusi kewangan adalah sama kerana hukum Syariah dijadikan landasan dan panduan. Memandangkan skim ini berdaya maju dan memenuhi kehendak dan hukum Syariah, beberapa badan pergerakan koperasi dan kerajaan negeri telah mula menceburkan diri ke dalam bidang ini. Kerajaan Perlis, sebagai contoh, telah menubuhkan Pajak Gadai Islam pada Januari 1997.
Antara badan pergerakan koperasi yang terawal dalam perlaksanaan skim ini ialah Koperasi Pengguna Pahang Berhad, Koperasi Gabungan Pekebun Kecil Perak Berhad dan Koperasi Kakitangan Kerajaan Dan Badan-Badan Berkanun Terengganu (KOKANUN). Sebagai contoh, KOKANUN telah mewujudkan Muassasah Gadaian Islam (Ar-Rahnu) KOKANUN atau 2001. Ianya telah mula beroperasi pada tarikh yang sama setelah mendapat mandat daripada anggota-anggotanya dalam Mesyuarat Agung Tahunan KOKANUN Kali Ke-31 pada 17 Jun 2000. Al-Rahn terus disemarakkan lagi dengan pembukaan perkhidmatan pajak gadai Islam di EON Bank Berhad pada tahun 2002 (Abdul Ghafar Haji Ismail: 2005).

Namun begitu, secara praktikalnya, menurut perangkaan oleh Bank Negara Malaysia pada 2005, nilai pajak gadai Islam hanya merangkumi 15 peratus dari pasaran pajak gadai sedia ada, manakala nilai pinjaman yang ditawarkan hanyalah RM275 juta berbanding dengan jumlah nilai pinjaman sedia ada iaitu RM1.5 bilion (Pelancar: 2005).

OPERASI AL-RAHN DI MALAYSIA

Kajian ini tidak memfokuskan semua skim al-Rahn, tetapi memberikan fokus kepada skim al-Rahn yang agak popular di kalangan masyarakat.

1. Sistem Gadaian Islam al-Rahn di Terengganu

Skim ini diwujudkan mengikut seksyen 225 Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam Terengganu dan dibiayai oleh kerajaan negeri. Ia dikendalikan oleh Unit Muassasah Gadaian Islam bertempat di tingkat 3, Bangunan Tabung Haji, Jalan Sultan Ismail, Kuala Terengganu (salah satu unit di bawah Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu. Ianya dikendalikan oleh seramai 16 orang pekerja dan diketuai oleh seorang Pegawai Pentadbir Negeri. Marhun yang diterima bagi maksud gadaian ialah emas dan berlian. Kadar minimum gadaian yang diterima ialah sebanyak RM 10.00 dan kadar maksimum sehingga 75% daripada nilai marhun atau tidak melebihi RM 1500 untuk seorang. Bilangan penggadai dihadkan seramai 150 sahaja untuk sehari.
Perkhidmatan gadaian yang diberi adalah percuma tetapi pihak ‘muassasah’ menerima sumbangan ikhlas daripada penggadai. Tempoh gadaian yang dibenarkan ialah sehingga tiga bulan dan perlanjutan tempoh dipertimbangkan untuk tiga bulan lagi. Apabila lelongan berlaku ke atas marhun yang tidak ditebus, lebihan hutang dan kos lelongan akan dikembalikan kepada tuan punya. Sambutan masyarakat terhadap skim ini menjangkau nilai gadaiannya secara purata RM 122,000.00 (Abibullah Shamsuddin: 2005).

2. Sistem Gadaian Islam (al-Rahn) di Kelantan

Perlaksanaan skim al-Rahn ini dilaksanakan oleh Permodalan Kelantan Berhad (anak syarikat Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Kelantan) dan pusat operasinya di P.T 95, Seksyen 7, Jalan Temenggong, Kota Bharu, Kelantan. Perjalanannya diuruskendalikan oleh Jawatankuasa Pengurusan Permodalan Kelantan Berhad dan mempunyai dua bahagian iaitu Bahagian Gadai dan Tebus. Ianya dikendalikan oleh 16 kakitangan dan diketuai oleh seorang pentadbir. Barang gadaian (marhun) yang diterima adalah emas sahaja dan pinjaman maksimum sebanyak RM 5000.00 untuk seorang. Pendapatan (keuntungan) yang akan diperolehi adalah daripada upah penjagaan marhun. Perkhidmatan gadaian yang dikenakan berdasarkan nilai marhun bukannya ke atas pinjaman. Kadar upah yang dikenakan adalah untuk tempoh sebulan bagi setiap bagi setiap seratus ringgit.
Nilai Gadaian/RM Kadar Caj Upah Simpan/RM

100-400 0.60
401-2000 0.80
2001-10000 0.95

Tempoh gadaian yang dibenarkan ialah selama enam bulan dan perlanjutan tempoh tebus balik boleh dipertimbangkan sehingga 4 bulan. Urusan melelong barang gadaian akan dilaksanakan bagi melunaskan hutang dan lebihan (bayaran hutang dan kos lelongan ) akan dikembalikan kepada penggadai. Perjalanan al-Rahn ini mendapat sambutan masyarakat dengan jumlah purata gadaian sebulan ialah RM 15000 hingga RM 20000 (Azizian Abdul Hamid: 2006).

3. Sistem Gadaian Islam (al-Rahn) di Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad

Skim ini dikendalikan dan dibiayai bersama Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YPEIM). Operasinya meliputi 70 buah cawangan diseluruh negara. Ia dikendalikan oleh kakitangan bank berkenaan dan terbahagi kepada dua bahagian iaitu Bahagian Pinjaman (memproses dan memberi pinjaman) dan bahagian Barangan Cagaran (menyimpan dan mempastikan keselamatan barang cagaran). Perkhidmatan gadaian yang dikenakan oleh pihak bank ini ialah dalam bentuk upah menjaga marhun mengikut kadar yang ditetapkan bagi setiap seratus ringgit sebulan. Pada mulanya Bank Rakyat memperkenalkan Pajak Gadai-i iaitu skim yang menawarkan pinjaman sehingga RM 5000 bagi sehari sehingga jumlah gadaian terkumpul sebanyak RM 25 000 dengan tempoh bayaran balik secara ansuran selama 6 bulan dengan tempoh lanjutan tidak melebihi 4 bulan. Mengikut skim ini, pembiayaan boleh mencapai 65% daripada nilaian marhun. Sebagai lanjutan kepada skim tersebut atas sambutan yang memberangsangkan, Bank Rakyat memperkenalkan skim baru iaitu Pajak Gadai-i Az-Zahab yang merangkumi pembiayaan 65% daripada nilai gadaian yang menawarkan pinjaman RM 5001 sehari sehingga jumlah gadaian terkumpuk RM 50 000 dengan tempoh ansuran lebih fleksible selama 3 tahun. Berikut adalah jumlah upah simpan:

Skim Kadar Upah simpan bagi nilai marhun bagi setiap RM 100

SehinggaRM1,000.00 RM0.65
RM1,001.00 - RM5,000,00 RM0.75
RM5,001.00 - RM50,000.00 RM0.75

Pihak bank akan mengenakan tempoh seperti yang tertera di atas. Jika melebihi tempoh tersebut perlelongan marhun yang tidak ditebus akan dilakukan bagi maksud melunaskan pinjaman. Baki bersih lelongan setelah ditolak kos lelongan akan dikembalikan kepada pemilik barang (www.bankrakyat.com: 22 Mac 2010).

4. Sistem Gadaian Islam (al-Rahn) Bank Islam Malaysia Berhad

Perlaksanaan skim al-Rahn oleh bank ini juga melalui kerjasama dan pembiayaan oleh pihak YPEIM. Peringkat awal perlaksanaannya adalah meliputi cawangannya di Medan MARA dan Selayang sahaja kemudian ia telah diperluaskan ke semua cawangannya di Malaysia yang merangkumi 60 buah cawangannya. Barangan yang diterima untuk gadaian adalah emas sahaja. Berikut adalah caj upah simpan barang yang dikenakan oleh Bank Islam bagi setiap RM 100;
Nilai Marhun/RM Kadar Upah Simpan/RM
1.00-1000 0.60
1001-5000 0.70
5000-10000 0.80

Tempoh gadaian yang dibenarkan ialah selama enam bulan dan perlanjutan dipertimbangkan sehingga 3 bulan lagi. Sekiranya marhun tidak ditebus dalam tempoh yang dibenarkan, perlelongan akan dilakukan, lebihan bayaran hutang dan kos lelongan akan dikembalikan kepada pemilik barang berkenaan(Azizian Abdul Hamid: 2006).

5. Sistem Gadaian Islam (al-Rahn) Pahang

Operasi al-Rahn di Pahang dijalankan oleh Koperasi Pengguna Pahang Berhad berdasarkan peruntukan Undang-undang Kecil Koperasi badan tersebut. Perjalan skim al-Rahn ini dibiayai bersama dengan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Pahang. Skim ini dikendalikan oleh seramai 5 orang pekerja dan diketuai oleh seorang pengurus iaitu kakitangan koperasi itu sendiri. Perjalanan urusan gadaian terhad kepada ahli koperasi sahaja dan bagi mereka yang tidak menjadi ahli ia perlu menjadi ahli bersekutu terlebih dahulu. Barang yang diterima untuk gadaian adalah emas dengan kadar hutang maksimum sebanyak 50% daripada nilai marhun tetapi tidak melebihi RM 5000. Perkhidmatan gadaian yang dikenakan berdasarkan nilai marhun yang dikira atas setiap RM 100.00. Berikut adalah kadar upah yang dikenakan mengikut bilangan hari:
Nilai Marhun/RM Kadar Upah Simpan berdasarkan Bilangan Hari 1 hingga 15 hari/RM
1.00-400 0.30
401-2000 0.40
2001-10000 0.45

Tempoh gadaian yang dibenarkan hanya 3 bulan dan perlanjutan tempoh hanya dibenarkan 3 bulan lagi dengan syarat semua upah bagi tempoh tiga bulan yang telah luput dijelaskan. Barang gadaian akan dilelong setelah 6 bulan tidak ditebus dan akan digunakan untuk melunaskan hutang dan lebihan akan dikembalikan kepada penggadai. Sambutan ahli terhadap operasi ini ialah purata nilai gadaian sehari adalah antara RM 15,000 hingga RM 20 000(Azizian Abdul Hamid: 2006).

6. Sistem Gadaian Islam (al-Rahn) Agro Bank Berhad (Bank Pertanian Malaysia)

Agro Bank Berhad juga antara pelopor sistem gadaian Islam di Malaysia. Pada mulanya ia adalah hasil daripada kerjasama YPEIM selepas kejayaan perlaksanaan skim ini di Bank Rakyat dan Bank Islam. Agro bank menawarkan kemudahan al-Rahn sehingga RM 50 000 dengan limit harian sebanyak RM 5000. Pelanggan boleh mencagarkan emas dengan serendah nilai RM 100. Skim ini menawarkan pembiayaan dengan bentuk pengiraan yang agak ganjil iaitu dengan memberi pilih kepada pelanggan untuk mengambil pinjaman berasaskan kepada 50%, 60% atau 70% daripada nilai gadaian. Kadar upah simpan dikira berasaskan setiap RM 100 seperti skim yang lain. Kadar upah simpan skim ini adalah seperti berikut;
Bentuk Pembiayaan Kadar Upah simpan setiap RM 100/RM
50% 0.50
60% 0.60
70% 0.70
Masa penebusan ialah selama 6 bulan. Namun jangka waktu boleh di sambung selama 3 bulan, dan jika gagal ditebus, pelanggan masih boleh minta perlanjutan selama 2 bulan lagi. Barang gadaian akan dilelong setelah 11 bulan tidak ditebus dan akan digunakan untuk melunaskan hutang dan lebihan akan dikembalikan kepada penggadai. Antara cawangan Agro bank yang menawarkan skim ini ialah cawangan Kota Bharu, Pasir Mas, Tanah Merah, Kuantan, Kangar, Alor Setar, Kepala Batas, Bagan Serai, Tanjung Karang, Selayang, Melaka, Muar, Langkawi, Jitra, Pendang, Kuala Kangsar, Banting, Port Dickson, Raub, Jerteh, Dungun, Kemaman, Kuala Krai, Georgetown dan Nibong Tebal (http://www.bpm.com.my: 22 Mac 2010).

PROSEDUR GADAIAN, PERATURAN DAN SEKATAN AL-RAHNU

1. Perkhidmatan al-Rahn dibuka kepada semua individu yang berumur 18 tahun dan ke atas.
2. Jumlah pinjaman sehingga 60% dan ke atas dari nilai barang sandaran ( marhun ).
3. Barang-barang sandaran ( marhun ) yang terdiri daripada barang-barang emas sahaja yang diterima.
4. Penggadai dikenakan upah menyimpan barang gadaian bergantung kepada nilai marhun.
5. Gadaian dikira sah dan sempurna ( Ijab dan Qabul ) apabila penggadai dan pemegang gadai serta saksi menandatangani surat gadaian menandakan telah bersetuju menerima syarat-syarat yang dikenakan.
6. Tempoh gadaian adalah selama enam (6) bulan dari tarikh gadaian. Bagaimanapun penggadai boleh memohon melanjutkan tempoh gadaian mengikut persetujuan kedua-dua belah pihak sehingga enam bulan lagi.
7. Jika penggadai gagal menebus, al-Rahn akan mengeluarkan ” Notis Lelong ” sebelum menjual marhun secara lelongan oleh pelelong berlesen.
8. Baki harga lelong akan dikembalikan kepada penggadai, sesudah ditolak jumlah hutang, upah, kos.

PAJAK GADAI KONVENSIONAL

1. Faedah yang dibenarkan ialah 2% sebulan atau 24% setahun.
2. Barang kemas menjadi pilihan utama serta jam tangan dan pen berjenama.
3. Tidak boleh menerima apa-apa barang antara 6 petang – 8 pagi, tidak boleh mengadakan urusan perniagaan pada waktu tersebut.
4. Tidak boleh berurusan dengan sesiapa yang berumur di bawah 18 tahun.
5. Tidak boleh berurusan dengan sesiapa yang berada dalam keadaan mabuk atau tidak sempurna akal.
6. Tidak boleh menyimpan apa-apa barangan yang mempunyai tanda-tanda hakmilik kerajaan atau kerajaan negeri.
7. Apa-apa barangan disyaki ” dicuri daripada pemilik asalnya” juga tidak boleh diniagakan.
8. Sekiranya pemajak gadai gagal menebus sebelum tamat tempoh, barangan gadaian boleh dilupuskan. Pinjaman yang kurang daripada RM 100 akan menjadi milik pemegang pajak gadai secara automatik.
9. Pinjaman melebihi RM 100 akan dilupuskan melalui lelongan awam dan wang lebihan adalah hak mutlak pemajak gadai.

KELEBIHAN AL-RAHN BERBANDING PAJAK GADAI KONVENSIONAL

Antara kelebihan al-Rahn berbanding pajak gadai konvensional ialah :
a. Tidak melibatkan unsur riba
Dalam perjanjian al-Rahn, pinjaman yang diberi tidak dikenakan faedah ( interest ) iaitu riba di mana riba diharamkan oleh Islam, berbanding pajak gadai konvensional yang menjadikan faedah sebagai sumber hasil kepada pemberi pinjaman dan ianya diharamkan oleh Islam. Islam pada hakikatnya memandang kepada kontrak yang dilaksanakan. Bentuk perlaksanaan kontrak yang menepati prinsip Islam walaupun kelihatan hampir sama dengan pengamalan konvensional, ia tetap diharuskan.
b. Nilai gadaian tidak merosot

Nilai gadaian bagi barangan yang ingin ditebus semula tidak merosot dan tidak berubah serta tidak berlaku penyelewengan. Barang gadaian akan diuji berat dan ketulenan emas dan dibuat catatan. Berbanding pajak gadai konvensional nilai gadaian mungkin akan merosot kerana Akta Pajak Gadai 1972 tidak mewajibkan pajak gadai untuk mencatatkan berat, panjang dan jenis emas kepada barang kemas yang menjadi gadaian. Perkara ini dapat diteliti dalam Bahagian III, Seksyen 14. Banyak aduan yang diterima oleh FOMCA berkaitan dengan nilai barang gadaian menyusut akibat perbuatan individu daripada pajak gadai konvensional mengikis emas atau barangan kemas yang digadaikan (Mohd Hamdan Haji Adnan: 2005).
c. Wang Lebihan Gadaian Dipulangkan
Sekiranya pemberi gadaian tidak berkemampuan membayar balik hutang yang ditanggungnya apabila tamat tempoh perjanjian, pemberi gadaian akan diberitahu atau dimaklumkan tentang barang gadaian yang terpaksa dijual. Sekiranya harga jualan melebihi baki hutangnya, lebihan tersebut akan dikembalikan. Ini berlaku kerana nilai pinjaman adalah jauh lebih rendah dari nilai barang gadaian. Manakala sistem konvensional kerap dilaporkan bahawa pemegang pajak gadai tidak memberi penggadai wang lebihan daripada gadaiannya yang dilelongkan selepas mengira hutang yang perlu dibayar (Mohd Hamdan Haji Adnan: 2005). Ini adalah kerana tiada peruntukan khusus yang menyatakan pemegang pajak gadai perlu untuk memulangkan semula lebihan tersebut. Perkara ini boleh diteliti dalam Bahagian III, Seksyen 23, Akta Pajak Gadai 1972.
d. Penyimpanan Barang Gadaian
Semua barang kemas yang disimpan dalam skim tersebut adalah selamat. Di mana penerima gadaian akan menjamin pemeliharaan dan bertanggungjawab ke atas barangan kemas yang diberi oleh pemberi gadaian. Dengan ini, pemberi gadaian tidak perlu risau dengan penjagaan barang kemas mereka sepanjang ia berada di pihak penerima gadaian. Semua Institusi gadaian Islam di Malaysia menggunakan sistem takaful bagi melindungi barang-barang yang disimpan. (Mohd Hamdan Haji Adnan: 2005) Situasi yang sama dapat dilihat dalam Akta Pajak Gadai 1972 dalam Seksyen 22 (1), (2) dan (3). Namun begitu, barang-barang tersebut tidak diinsurankan tetapi pemegang pajak gadai perlu menggantikannya berasaskan kepada peruntukan dalam Seksyen 22 (3) yang menyatakan:
’Dalam hal mana-mana sandaran telah binasa atau rosak kerana atau akibat kebakaran, kecuaian, peninggalan, kecurian atau rompakan atau selainnya, nilai sandaran itu adalah bagi maksud pampasan kepada pemajak gadai itu dikira sebagai satu perempat lebih dari jumlah pinjaman ke atasnya’
e. Jenis Bayaran dan Tempoh Membayar Balik Yang DiJelaskan
Sistem gadaian Islam menerima bayaran secara ansuran daripada pelanggan. Ansuran ini boleh dibuat dalam tempoh 6 bulan dan lebih berdasarkan kepada tempoh perlanjutan yang dibenarkan seperti yang terdapat dalam kontrak yang ditandatangani bersama oleh penggadai dan pemegang pajak gadai. Sistem konvensional tidak menerima bayaran secara ansuran dan hanya menerima bayaran secara tunai untuk penebusan . Sistem ini hanya membenarkan bayaran bunga sahaja bagi setiap bulan tanpa boleh membayar pinjaman secara ansuran. Manakala tempoh pula adalah selama 6 bulan dan tempoh perlanjutan tidak dinyatakan dengan jelas dalam Seksyen 23 (1). Ini memberi ruang kepada pemegang pajak gadai memanipulasikan barangan tersebut menurut kehendak mereka.
f. Pemberian Notis Kepada Penggadai Tentang Upacara Lelongan

Pihak penerima gadaian akan memberi notis kepada pihak penggadai sekiranya barang gadaian mereka hendak dilelongkan dan tempoh masa membayar balik untuk mereka telah habis. Selain daripada notis yang berbentuk surat rasmi yang menyatakan butiran barang gadaian, pihak al-Rahn biasanya akan memaklum secara panggilan telefon atau sms bagi memaklumkan gadaian tersebut. Dengan ini pihak penggadai akan mengetahui bahawa tempoh masa membayar balik yang diperuntukkan untuk mereka telah habis dan barang gadaian mereka akan dilelongkan.
Berbeza dengan pajak gadai konvensional, melelong gadaian bernilai lebih RM 100 tanpa memberitahu pihak penggadai. Apa yang sering berlaku ialah pemegang pemajak gadai tidak melelongnya tetapi terus mengambil alih miliknya. Selain itu, kebanyakkan penggadai tidak mengetahui bahawa gadaian mereka akan dilelongkan. Iklan-iklan memberi notis kepada orang ramai mengenai acara lelong lazimnya disiarkan dalam akhbar-akhbar Cina dan Inggeris sahaja. Akibatnya ramai daripada mereka sering terlepas peluang untuk menebus gadaian mereka (Mohd Hamdan Haji Adnan: 2005).


PERBANDINGAN PENGIRAAN ANTARA SISTEM GADAIAN ISLAM AL-RAHN BANK RAKYAT DAN SALAH SEBUAH KEDAI PAJAK GADAI DI TANAH MERAH, KELANTAN.

SISTEM AL-RAHN BANK RAKYAT


Di bawah sistem Islam, perniagaan pajak gadai Islam (murtahin) tidak mengenakan faedah ( riba ). Keuntungan yang diperolehi ialah daripada yuran menyimpan aset yang dicagar (Muhammad Yusri Yusof (1): 2010).
Contoh :
Jika nilai cagaran ialah RM 3,000 atau kurang.
Nilai pinjaman yang diberikan = 60% x RM 3000
= RM 1800
Upah simpan = ( RM 1000/ 100 ) x 0.65 sen = RM 6.50 sebulan
= (RM 2000/100)x 0.75 sen = RM 15 sebulan
Jumlah upah simpan 6 Bulan = RM 6.50 x 6 bulan
= RM 39
= RM 15.00x 6 bulan
= RM 90
= RM 90 + RM 39
= RM 129
Jesteru, untuk menebus peminjam (rahin) perlu membayar murtahin RM 1929.



SISTEM PAJAK GADAI KONVENSIONAL: SALAH SEBUAH KEDAI PAJAK GADAI DI TANAH MERAH, KELANTAN

Di bawah sistem ini, kedai pajak gadai mendapat keuntungan daripada kadar faedah yang dikenakan dan bayaran tambahan daripada transaksi dengan peminjam.
Contoh :
Jika nilai cagaran ialah RM 3,000 atau kurang.
Nilai pinjaman yang diberikan = 60% x RM 3000
= RM 1800
Caj faedah = RM 2 bagi setiap RM 100 yang dipinjamkan.
( kadar faedah 2% sebulan ) = ( RM 1800/ 100 ) x RM 2
= RM 36 sebulan
Jumlah caj faedah selama 6 Bulan = RM 36 x 6 bulan

= RM 216

Jesteru, untuk menebus jumlah yang perlu dibayar oleh penggadai ialah RM 2016.
Dapat dilihat disini perbezaan bayaran semasa menebus barang gadaian adalah sebanyak RM 87 ( RM 2016- RM 1929 ) (Muhammad Yusri bin Yusof (2): 2010).

KESIMPULAN
Dengan berbekalkan sedikit maklumat yang ada ini, masyarakat perlu disedarkan dengan kelebihan yang terdapat dalam sistem gadaian Islam. Sistem gadaian Islam masih belum mendapat tempat di hati masyarakat Islam di Malaysia berasaskan perangkaan keluarkan oleh Bank Negara Malaysia pada 2005, nilai pajak gadai Islam hanya merangkumi 15 peratus dari pasaran pajak gadai sedia ada, manakala nilai pinjaman yang ditawarkan hanyalah RM275 juta berbanding dengan jumlah nilai pinjaman sedia ada iaitu RM1.5 bilion (Pelancar: 2005). Wallahu’alam



RUJUKAN
Azizian Abdul Hamid. 2006. Al-Rahn sebagai Alternatif Sistem Pajak Gadai di Malaysia. JAKIM: Putrajaya.

Abdul Rahman Dewani. 2005. Model Mikro Kredit dan Kesannya kepada Sosioekonomi Ummah di Negara Serantau. Kompilasi Prosiding Konvensyen Ar-Rahn Serantau 2002/2004. YPEIM: Kuala Lumpur.

Abdul Ghafar Haji Ismail. 2005. Skim al-Rahn: Ke Arah Pengukuhan Kerjasama Serantau: Pengalaman Serantau. Kompilasi Prosiding Konvensyen Ar-Rahn Serantau 2002/2004. YPEIM: Kuala Lumpur.

ANGKASA. 2005 Pelancar: Kuala Lumpur.

Abibullah Shamsuddin. 2005. Skim al-Rahn: Satu Model Mikro Kredit di Malaysia. Kompilasi Prosiding Konvensyen Ar-Rahn Serantau 2002/2004. YPEIM: Kuala Lumpur.
Mohd Hamdan Haji Adnan. 2005. Pajak Gadai dari Sudut Pengguna. Kompilasi Prosiding Konvensyen Ar-Rahn Serantau 2002/2004. YPEIM: Kuala Lumpur.

http://www.bpm.com.my: 22 Mac 2010

http://www.agrobank.com.my: 22 Mac 2010

http:// www.bankrakyat.com: 22 Mac 2010

Akta Pemegang Pajak Gadai. 1972. Pindaan Sehingga 2006.

Muhammad Yusri bin Yusof @ Salleh (2). Temubual. 1 Februari 2010. Aspek Pengiraan Caj Upah Simpan di Bank Rakyat Cawangan Alor Star, Kedah.

Muhammad Yusri bin Yusof @ Salleh (2). Temubual. 13 Mac 2010. Aspek Pengiraan Kedai Pajak Gadai Konvensional di Tanah Merah, Kelantan.

Muhammad Yusri bin Yusof @ Salleh (3). Temubual. 16 Mac 2010. Perlaksanaan al-Rahn di EON Bank Ipoh, Perak.

6 comments:

SaL_HaSa said...
This comment has been removed by the author.
Dr Purva Pius said...

Hello Everybody,
My name is Mrs Sharon Sim. I live in Singapore and i am a happy woman today? and i told my self that any lender that rescue my family from our poor situation, i will refer any person that is looking for loan to him, he gave me happiness to me and my family, i was in need of a loan of S$250,000.00 to start my life all over as i am a single mother with 3 kids I met this honest and GOD fearing man loan lender that help me with a loan of S$250,000.00 SG. Dollar, he is a GOD fearing man, if you are in need of loan and you will pay back the loan please contact him tell him that is Mrs Sharon, that refer you to him. contact Dr Purva Pius,via email:(urgentloan22@gmail.com) Thank you.

BORROWERS APPLICATION DETAILS


1. Name Of Applicant in Full:……..
2. Telephone Numbers:……….
3. Address and Location:…….
4. Amount in request………..
5. Repayment Period:………..
6. Purpose Of Loan………….
7. country…………………
8. phone…………………..
9. occupation………………
10.age/sex…………………
11.Monthly Income…………..
12.Email……………..

Regards.
Managements
Email Kindly Contact: urgentloan22@gmail.com

GLORIA'S LOAN COMPANY said...

Adakah anda ingin memenuhi impian anda dengan dana? Dalam masa 24 jam, GLORIA'S LOAN COMPANY (GLC) menyediakan semua jenis pinjaman antarabangsa / Localloans contohnya, pinjaman perniagaan, pinjaman rumah dan lain-lain Pinjaman pada kadar faedah 2%. Sesiapa yang berminat perlu menghubungi kami melalui e-mel dengan maklumat di bawah;

Data pemohon:
1) Nama Penuh:
2) Negara
3) Alamat:
4) Seks:
5) Kerja:
6) nombor telefon:
7) Kedudukan semasa di tempat kerja:
8 Pendapatan bulanan:
9) Jumlah pinjaman yang diperlukan:
10) Tempoh pinjaman:
11) Adakah anda memohon sebelum:
12) Tarikh Lahir:
E-mel: (gloriasloancompany@gmail.com) ATAU Whatsapp Number: WhatsApp Number: +1 (361) 645-7557.
Terima kasih

MITU MARIA said...

Berita baik!
Nama saya Mitu Maria, saya ingin menggunakan medium ini untuk memberikan nasihat yang konkrit kepada semua yang mencari pinjaman untuk berhati-hati kerana internet penuh dengan penipu, beberapa bulan yang lalu saya memerlukan pinjaman, kerana kewangan saya Keadaan ini tidak baik dan saya terdesak, saya jatuh ke tangan peminjam palsu, dari Arab Saudi dan Singapura. Saya hampir mati, sehingga seorang kawan saya memberitahu saya seorang pemberi pinjaman yang sangat dipercayai bernama Ibu. Ivana, Dia adalah pemberi pinjaman global; yang saya hubungi dan dia meminjamkan saya pinjaman sebanyak RM85,000 dalam tempoh 48 jam dengan kadar faedah 2% dan mengubah kehidupan seluruh keluarga saya.

Saya menerima pinjaman saya dalam akaun bank saya selepas Puan Ivana Pedro memindahkan pinjaman saya, apabila saya menyemak baki akaun bank saya, saya mendapati jumlah yang saya memohon telah dikreditkan ke akaun bank saya

Oleh itu untuk kerja-kerja yang baik, Mrs.Ivana telah melakukan dalam hidup saya dan keluarga saya, saya memutuskan untuk memberitahu dan berkongsi kesaksian saya mengenai Puan Ivana, supaya rakyat Malaysia dan seluruh Asia boleh mendapatkan pinjaman dengan mudah tanpa tekanan. Jadi, jika anda memerlukan pinjaman, sila hubungi Puan Ivana Pedro melalui e-mel: (ivanapedro85@gmail.com)

Anda juga boleh menghubungi saya di e-mel saya (mitumaria47@gmail.com) dan Puan Kim Wani yang memperkenalkan saya dan memberitahu saya mengenai Puan Ivana, dia juga menerima pinjaman daripada Puan Ivana Pedro. Anda juga boleh menghubunginya melalui e-mel: (kimwani305@gmail.com) Sekarang, saya adalah pemilik bangga perniagaan yang baik dan besar. Semoga ALLAH terus memberkati Ibu Ivana untuk kerja yang baik dalam hidup saya dan keluarga saya.

Pertiwi Gesang . .. Bagaimana saya mendapatkan pinjaman Medis saya dari ibu yang jujur, Rika Anderson said...

Saya Puan Pertiwi Gesang dari Pangkal pinang, inilah email saya jika anda ingin menghubungi saya: pertiwigesang@gmail.com. Saya ingin berkongsi kesaksian saya di platform ini tentang bagaimana saya mendapat RM26,500 ribu pinjaman untuk modal teroka daripada pemberi pinjaman yang sah kerana saya telah jatuh ke dalam hutang dan saya telah cuba meminjam wang dari bank dan pemberi pinjaman dalam talian tetapi saya selalu gagal dan saya juga penipuan sehingga saya melihat kesaksian ibu Ashraff Nabilah mengenai platform ini tentang bagaimana dia mendapat pinjaman dari RIKA ANDERSON LOAN COMPANY. Saya menghubungi Ketua Pegawai Eksekutif, Puan Rika Anderson, minggu lepas, saya memohon pinjaman dari ibu Rika dan saya terkejut, pinjaman saya telah diluluskan dan selepas 3 jam permohonan saya, jumlah 90 juta telah dipindahkan ke akaun bank BCA saya. Saya ingin menasihati semua orang untuk mencari syarikat pinjaman sah untuk menghubungi Cik Rika Anderson, Ketua Pegawai Eksekutif RIKA ANDERSON LOAN COMPANY melalui e-mel ini: rikaandersonloancompany@gmail.com atau W / S: +1 (914) 705-7484 dan mendapatkan pinjaman .

rese said...

facebook,com

Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template