PERKARA MEMBATALKAN SYAHADAH: ULASAN RINGKAS
Oleh: Ustaz Muhammad Yusri bin Yusof @ Salleh
B.A Syariah (Fiqh dan Usul) U.M
M.A Syariah (Muamalat) U.K.M
Dip. Pend. (Pend. Islam & B.Arab) I.P.G.I.K
Salam sejahtera rakan bloggers semua. Saya hanya sempat menulis artikel pendek berkaitan dengan perkara yang membatalkan syahadah. Kebetulan tajuk ini adalah tajuk ceramah saya di sebuah Maktab Perguruan di Cheras pada Minggu lalu. Sebenarnya saya tengah menyiapkan beberapa artikel antaranya serangan berani mati menurut perspektif syariah, sejarah pasaran modal Islam di Malaysia dan beberapa komen terhadap perubatan Islam. Dengan kesempatan yang terhad kerana kesibukan sebagai seorang guru di awal musim persekolah. Insya Allah dalam bulan Februari saya akan mula aktif semula sebagai blogger. Apapun saya mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian kalian melayari blog saya. Syukran Jazilan.
Syahadah adalah dua kalimah suci yang menentukan keislaman seseorang individu.. Apabila seseorang manusia mengucap dua kalimah syahadah, bererti dia telah masuk dalam agama yang suci iaitu Agama Islam. Perbezaan orang islam dengan orang kafir adalah kalimah syahadataini.
Syahadah seseorang muslim boleh terbatal dengan beberapa sebab. Dengan terbatalnya syahadah seseorang muslim bererti ia telah terkeluar ( murtad) dari Islam, agama yang suci. Antara perkara-perkara yang boleh membatalkan syahadah seseorang muslim terbahagi kepada 3 jenis, iaitu:
a) Murtad Iktikad, adalah kemurtadan yang disebabkan oleh iktikadnya ( keyakinannya)
b) Murtad Perbuatan (af’al), adalah kemurtadan yang disebabkan oleh perbuatan.
c) Murtad Ucapan ( Aqwal), iaitu kemurtadan yang disebabkan oleh percakapan.
Ketiga jenis murtad tersebut masing-masing memiliki cabang yang banyak sekali. Oleh sebab itu, kita harus berwaspada dan menilai seluruh perbuatan dan tingkahlaku kita sehari-hari. Seandainya ada ucapan, perbuatan atau iktiqad kita yang sudah mendekati apa yang disebut sebagai garis kemurtadan, maka seharusnya kita bersegera mengucap dua kalimah syahadah dan bertaubat kepada Allah,
A) Murtad Iktikad
Murtad Iktikad adalah kemurtadan yang disebabkan oleh keyakinan dalam dirinya. Berikut adalah contoh-contoh tentang murtad Iktikad.
1. Meragukan adanya Allah
2. Meragukan kerasulan Nabi Muhammad SAW
3. Meragukan Adanya Al-Quran
4. Meragukan adanya Hari Akhirat
5. Meragukan adanya pahala
6. Meragukan adanya seksa
7. Menafikan salah satu sifat-sifat Allah
8. Menghalalkan perkara yang haram
9. Mengharamkan perkara yang halal
10. Menolak kewajipan yang diperintahkan oleh Allah
11. Mewajibkan perkara yang tidak wajib
12. Ingin kembali kepada kafir pada masa akan datang
13. Mengingkari kerasulan salah seorang rasul
14. Mengingkari salah satu huruf Al-Quran
15. Menambah huruf Al-Quran
16. Berkeyakinan masih ada nabi lagi selepas Nabi Muhammad
B) Murtad Perbuatan
Murtad perbuatan adalah kemurtadan yang disebabkan oleh tingkah laku atau tindakan. Berikut adalah contoh-contoh murtad Perbuatan.
1. Menyembah berhala
2. Menyembah matahari
3. Bersujud kepada makhluk
C) Murtad Ucapan
Murtad ucapan adalah kemurtadan yang disebabkan oleh perkataan.
1. Memanggil saudara seagama dengan panggilan ‘ hai kafir’
2. Memanggil saudara seagama dengan panggilan ‘hai nasrani, hai yahudi’
3. Menghina salah satu nama Allah
4. Merendahkan ancaman dan janji Allah
5. Mengucapkan: ( Jika Allah memerintahkan aku untuk berbuat demikian pasti aku tidak akan melaksanakannya)
6. Mengucapkan: ( Jika Allah memindahkan Kiblat ke arah lain, pasri aku tidak akan melakukan solat mengadap kiblat tersebut.)
7. Mengucapkan: ( Jika Allah memberikan aku syurga, maka aku tidak mahu memasukinya)
8. Mengucapkan: ( Jika Allah menyiksa aku, lantaran tidak melakukan solat kerana ketidakberdayaanku seperti sakit bererti Allah berbuat zalim kepadaku.)
9. Mengucapkan: ( Sekalipun para nabi, malaikat dan semua orang Islam menjadi saksi bagiku tentang hal ini pasti aku tidak mahu menerima persaksian mereka.
10. Mengucapkan: ( Aku bebas dari Allah dan bebas dari para nabi, malaikat dan Al-Quran.)
SENARAI GRADUAN SESI 2016
-
*SENARAI PELAJAR YANG AKAN DIIJAZAHKAN DI MAJLIS PENGIJAZAHAN DARUSSYIFA'
PADA 25-DIS-2016 (AHAD).*
Kepada pelajar Pengubatan Islam Darussyifa' Bangi Kumpu...
7 years ago
No comments:
Post a Comment