Tuesday, October 6, 2009

NOTA BUAT SAHABAT





PENGHARGAAN BUAT SAHABAT

Salam Sejahtera Rakan Bloggers yang sering mengunjungiku…Tiada penulisan ilmiah kali ini disebabkan Lebai terlalu sibuk dengan nota untuk pengajaran kelas-kelas Lebai di UiTM.

Lebai terpaksa banyak membaca bagi membuat pengisian kepada Mahasiswa di sini. Hampir setiap hari ada saja buku baru yang akan lebai baca. Sehari sebuah buku, Lebai ikut pesanan guru yang Lebai sgt sanjungi dan hormati PROFESOR MADYA DR. RAHIMIN AFFANDI ABD RAHIM.

Penulisan kali ini berkisar tentang dua insan yang Lebai anggap sebagai sahabat Lebai. Lebai nak ucapkan terima kasih atas pertolongan dua sahabat ini dalam membantu Lebai bagi memberikan yang terbaik di UiTM.

Kedua orang sahabat lebai ini ialah Saudara Adlan bin Mohd Ali, GPK HEM di SK Dusun Tua dan Mohd Hasaidi Hasan, Ketua Panitia Pendidikan Islam di SK Lankon, Kota Marudu, Sabah.

Saudara Adlan atau nama penanya amal ini adalah insan yang mula mengenalkan lebai dengan keadaan sosial dan jalan-jalan di ibu kota. Lebai ni orang kampung, walaupun lama hidup di KL tapi jarang sekali lebai explore semua tu. Perkenalan dengan saudara amal adalah satu rahmat buat lebai. Banyak ilmu dan input baru yang lebai dapat dari insan yang sedang lebai gambarkan.

Tn amal tidak pernah putus daripada mengirimkan email2 yang berguna buat lebai. Jujurnya, banyak email-email tersebut lebai gunakan sebagai bahan2 ceramah lebai di sekolah2 sekitar Kajang dan sekarang lebai banyak gunakannya untuk pengajaran lebai di UiTM. Terima kasih tn amal. Besar pahala yang saudara dapat.

Pada tanggal 2 september 2009, Tn. Amal sekali lagi membantu lebai dengan kesanggupannya untuk menemani lebai ke lowyat. Syurga bagi komputer di KL. Banyak jg yang lebai beli di lowyat pada hari tersebut sebagai gadjet untuk lebai meneruskan perjuangan di UiTM, cuma satu je lagi tn syeikh, speaker kat dewan dan beberapa bilik tutorial di UiTM tidak berfungsi dengan baik, jadi lebai cadang hujung minggu ni lebai nak ke lowyat dengan menaiki lrt untuk membeli speaker yang kita tgk tu…RM 59 he he he.

Saudara Mohd Hasaidi Hassan, insan ini ku kenal sejak dari Nilam Puri lagi. Tapi betul2 rapat ketika berada di Kolej Kediaman Menara Budi di UM ketika kedua-dua kita menyedari ada keserasian bersama. Betul tak Jedi?....ha ha ha…hang ingat lagi tak sapa yang bawa hang pi buat kat pengenalan gara-gara kopek hang (bahasa kedah kopek tu maknaya dompet) kena curi kat masjid?..ha ha ha…hang ingat lagi tak dengan ACC 3856?sapa yang ajar hang naik motor?ha ha ha…pertama kali hang gendong aku hang bawa motor atas line putih tgh2 jalan raya…ha ha ha..ingat lagi tak?

Insan ini juga banyak membantu, memberi semangat dan nasihat ketika lebai mula-mula minta UiTM, ketika lebai mengharungi dua sesi temuduga yang mencabar dan menghadiahkan lebai dengan kamera PC dan pendrive ketika mula-mula lebai melapor diri ke UiTM. Hang tau tak tiap2 hari aku guna pendrive tu….banyak betul ganjaran yang hang dapat Jedi. Setiap kali aku lihat pemberian hang, aku doakan hang juga satu hari nanti akan mendapat ruang sepertiku.

Tak pe jedi, aku percaya satu hari nanti hang juga akan berada di menara gading seperti aku. Doaku tidak pernah putus setiap kali aku berada di pintu bilik yang tercatat namaku. Yang penting kita kena tabah Jedi, kita tak de kabel macam orang lain, hidup susah…hang pun tahu susur galur kehidupan aku, tak de beza, Cuma rezeki aku sedikit cepat…dapat capai impian sedikit lebih cepat dari hang, tapi sebenarnya sudah cukup terlambat berbanding insan lain yang mempunyai kabel.

Jedi pegangla pada falsafah hidup aku.. “takdir itu tidak boleh diubah kecuali dengan doa dan usaha”. Allah Maha Mendengar…Berdoalah sahabatku.

Buat Akhirnya, terima kasih sahabat2ku, kalian dalam ingatan lebai hampir setiap masa. Assalamualaikum.

Saya Yang Jujur: Lebai Yusri…(6.10.2009: 10.05 PM)

6 comments:

jedi said...

IMBAUAN DIRI INI ku selami

MENERIMA NUKILAN IKHLAS SEORANG SAHABAT....LULUH...HATI...SI JEDI DENGAN NOTA HATI...

IMBAUAN YANG SENTIASA KU KENANGI...
DI UNIVERSITI...
INSAN INI SELALU BERADA DI TEPI..
SENTIASA MEMBERI, DAN BERBAKTI...
SEMUA KERJA MENJADI...
MEMANG SESUAI DENGAN NAMANYA YUSRI....

KU INGAT LAGI...
JIKA SEORANG BAYI BERTATIH JADI...IBUNYA SENTIASA MENDAMPINGI....TAPI TATIH KU LAIN ERTI...TATIH YANG TIDAK BERKAKI...RODA SEBAGAI PENGGANTI...MANGSANYA..HE..HE.. MOTOR SI YUSRI...
BANYAK JASANYA ACC...KAJANG, SHAH ALAM, MALAM, PETANG, PAGI SEMUANYA DENGAN ACC, ADA KALANYA HUJAN PUN KITA TAK PERASAN KAN YUS...REDAH SAJE...BANYAK JASANYA ACC DAN SAHABAT SEJATI....

DOMPET KU HILANG...
MASJID SHAH ALAM TEMPAT KECUNDANG,
HATIKU BENGANG,
DIRIKU TAK TENANG,
TAPI BAGI YUSRI TIADA PENGHALANG,
SEMUA DI HADAPI DENGAN TENANG,
.....MASIH INGAT YUS.....
SAMA - SAMA KITA BERBARIS DI PENDAFTARAN...MENGISI BORANG..
MASA TU KITA MASIH BARU D KL KAN...

BANYAK LAGI PERISTIWA YANG KU KENANG,
KALAU NAK DITULIS MEMANG TIADA PENGHUJUNG,
TAPI APA PUN SEKALIAN INSAN....
YANG MEMBACA CORETAN INI...
INILAH KISAH SAHABAT...
YANG MUNGKIN RAMAI YANG TIDAK PERCAYA...TAPI IANYA BENAR BELAKA...JIKA ANDA MENGENALI SESEORANG YANG BERNAMA YUSRI...SAHABAT INSANI SEJATI...TUNDUK BAK RUMPUT DI BUMI....TAPI BUDI MELANGIT TINGGI

Muhammad Yusri said...

isk...isk..isk....kesat airmata lebai....isk isk isk

Chulan Chin said...

aduhai..

teman
'speechless'
...

(teman
tak
mampu
mengatur
kata
menyusun
kalimat
spt
sdr. Jedi
yg
amat
puitis
&
melankolik)

hanya
ungkapan-
"TERIMA
KASIH,
atas
sgla
phrgaan
itu
.."

scra
prbadi,
bg
teman-
KTULUSAN
dlm
mjalin
psaudaraan,
yg
mgikat
KEAKRABAN.

sntiasa
mdoakn
shbt,
slalu
bsangka
baik,
sering
blapang
dada
utk
mbantu,
turut
mjadikn
'pshbtn
itu
kekal
cantik'
..

tn.yusri,
teman
anggap
lbh
dr
shbt,
bahkn
spt
sdra
lama
yg
mpyi
rasa
kekeluargaan.
itu
yg
pasti.
:)

-spt yg teman prnah katakn
jauh dikenang,
dekat disayang.

(Rasulullah saw bpesan- "kasihilah sdramu spt mn kamu mgasihi diri sdiri" - mrupakn pnanda aras pd utuhnya ukhuwwah kita)

Diey79 said...

Macam penah ku dengar bicara Jedi, rangkap yg tak sama mmg buat sendiri... Hehehe

Unknown said...

salam tuan Yusri ...
betapa mulia dan jujur nya persahabatan adik lebai .semoga Allah lindungi kalian dan ummi juga drpd hati yg mati .
tak der kabel bkn bermakna tiada rezeki kita .
janji Allah itu pasti

wtirmizi81 said...

serumo ini mengingatkan ku pada jedi n mat yus.roomate ku masa kolej dua dan brickfields,,jedi..lama tok jumpa demo...knangan selalu lupo sentiasa kawe ingat sokmo...smayang tarawih,isyak dok smayang lagi.sujud...x rukukla...anak kunci motor hilang la....hehhee

Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template