Friday, September 18, 2009

TERIMA KASIH UiTM BUAH TANGAN PPDHL



Pada tanggal 15 September 2009 adalah hari yang bersejarah dalam hidup lebai. Lebai telah melapor diri sebagai Pensyarah Tamadun Islam di Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam (CITU)UiTM Perak, Cawangan Seri Iskandar.

Alhamdulillah di sini lebai dapat kawan-kawan baru yang kesemuanya bersifat freindly sama ada pensyarah senior ataupun junior. ada 16 semuanya. Terima kasih rakan-rakan CITU. Lebai harap lebai dapat bersama-sama dengan tuan-tuan untuk menyumbang kepada UiTM.

Lebai juga rasa suka sangat dengan suasana di sini...tenang dan jauh dari hiruk pikuk kota. Ya, ya..memang lebai sukakan 'life' begini.


Kat sini juga lebai kena banyak membaca dan membuat penyelidikan. Aktiviti yang sangat lebai suka. Kelas di sini tak banyak berbanding di sekolah. Lebai hanya mengajar lebih kurang 12 jam sahaja seminggu dengan purata 2 ke 4 jam sehari. Lebai mengajar Islamic Land Law dan Hubungan Etnik.

Yang lebihnya lebai akan gunakan untuk membaca dan membuat penyelidikan. Sekarang ni pun lebai tgh siapkan kertas kerja untuk Seminar Tamadun Islam di UiTM dan Seminar Muamalat Semasa di UKM. Seronok juga hidup dalam dunia akademik ni...dunia yang lebai impikan sejak sekian lama..syukur pada Allah dan terima kasih kepada UiTM kerana memberi peluang kepada lebai.

Semalam, selepas kelas lebai dapat panggilan telefon dari seorang rakan di SKDN yg menyatakan bahawa nama SKDN naik beberapa kali di PPDHL kerana lebai dikatakan tidak menghantar laporan LADAP ke unit Latihan PPDHL. Geram juga hati dibuatnya. Lebai dah di UiTM, tak ada pada ketika itu untuk menjelaskan apa sebenarnya yang berlaku. Tapi biasala, bila nama pegawai....kadang2 lebih suka mendedahkan kepada semua orang pada ketika itu, tanpa terlebih dahulu membuat tindakan susulan. Kalau betul laporan tu tidak dihantar...call la Lebai, tanya apa yang berlaku. nasihat saya "CUBA CARI KESALAHAN DIRI SENDIRI SEBELUM MENYALAHKAN ORANG LAIN"

Ini bukan kali pertama berlaku, dulu Lebai dah hantar laporan, naik juga dalam mesyuarat mengatakan lebai tak hantar, rupa-rupanya laporan yang telah lebai hantar itu tidak boleh dibuka akibat virus...

Kepada semua pegawai-pegawai di mana2 saja anda bertugas, buat tindakan susulan dahulu, buat peringatan dulu, barula dihebahkan di dalam mesyuarat sebagai jalan terakhir. Ingat tuan2, guru-guru pada hari ini terlalu banyak tugasan di sekolah...bukan satu kerja aja...jadi harap ada timbang rasa 'sedikit' dalam menyiapkan tugasan pengkeranian yang bukan 'hardcore' kami.

Kepada sahabat yang mengambil tempat lebai sebagai S/U LADAP, tabahla...lakukan yang terbaik sekadar kemampuan kita, ini adalah masalah kecil saja, lepas ni awak akan menghadapi banyak lagi dugaan. Lebai dah laluinya...ok..jangan risau, lebai percaya awak boleh lakukannya..be the best..salam perjuangan


4 comments:

Dato' Y said...

tn pensyarah nampak ensem la..rambut dan spek mengancam keselamatan jiwa raga..

Muhammad Yusri said...

he he he sufu pun bila pakai spek mcm tu ngancam jgk..he he

Unknown said...

salam aidul fitri..
tahniah buat adik lebai .. berjaya melangkah setapak lagi kehadapan , teruskan perjuangan anta.

azlina said...

taniah adik lebai kerana mula bertugas di utim perak..akk dpt addrs blog ni dr rakan blog akk kak ummi humairah..ank akk belajar di uitm perak juga..ambil sains komputer sem pertama..

Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template