SALAM PERPISAHAN SKDN
Saya tidak tahu bagaimana ingin mengungkapkan perasaan yang bermain di benak saya pada ketika ini. Ada rasa gembira,ada rasa sedih, ada rasa ‘hilang’ dan sebagainya.
GEMBIRA kerana berjaya dalam temuduga sebagai Pensyarah UiTM dan akan ditempatkan di UiTM Perak, Kampus Seri Iskandar. GEMBIRA kerana setelah melalui 2 sesi temuduga yang cukup mencabar iaitu pada tanggal 29 dan 30 Julai 2009. Apa yang saya nak ceritakan ialah hampir semua temuduga itu dijalankan di dalam Bahasa Inggeris.
Bukan mudah bagi seorang LEBAI pondok seperti saya melaluinya. Tapi syukur, itu semua sudah menjadi ketentuan ALLAH untuk hambanya. Tidak ada perkataan yang dapat digambarkan apabila menerima panggilan telefon dari UiTM pada 23 Ogos 2009 dan disusuli dengan surat tawaran pada 26 0gos 2009 selain daripada perkataan ALHAMDULILLAH
GEMBIRA kerana setelah melalui tempoh sukar dipinggirkan oleh Universiti Malaya sebagai seorang mahasiswa yang mendapat PNGK akhir 3.89 dan dianugerahkan pelajar terbaik Matrikulasi APIUM pada tahun 2000, Anugerah Dekan hampir setiap sesi akademik dan Anugerah Universiti pada Konvokesyen 2005 tanpa sebarang tawaran sebagai Tutor, Tutor Sementara, SLAB atau SLAI, LEBAI melangkah juga walaupun kakinya terpasung luka, hatinya tercalar bisa, meminggirkan sayu yang merudum kalbu langkah kakinya diteruskan juga ke Medan Ilmu.
Dipinggir hanya kerana TIADA KABEL. Hatinya tabah, jari jemarinya tidak pernah leka dari mengesat airmata yang menitis dek kerana impian tidak tercapai.Sebelum ini juga LEBAI terpaksa melupakan impian belajar di University of Yarmouk, apabila KPM tiba2 membatalkan penajaannya kepada LEBAI akibat kegawatan ekonomi yang melanda pada tahun 1998 dan menghantar pulang semua pelajar tajaannya...
“kerana cinta (ilmu), aku kembara…
Bagai camar, melintas laut,
Mencari pohon, untuk berteduh…
Sepasang ‘SAYAP’ tak terlihat..
Umpama mimpi yang tersimpan
Jadi rintik-rintik hujan
Menciptakan AWAN YG TERPILU”
Di saat sahabat2 LEBAI menyambung pengajiaan mereka dengan tajaan daripada UM, pencarian ilmu LEBAI diteruskan di Universiti Kebangsaan Malaysia, dengan bekerja sebagai ‘waiter’ di Rimbun Klasik, LEBAI menyambung pengajiannya tanpa ada sebarang tajaan daripada mana-mana pihak. Pagi ke kelas, habis kelas LEBAI mengambil upah menyiapkan ‘tugasan’ orang lain. Sebelah malam LEBAI bekerja sebagai ‘waiter’ yang gajinya hanya RM 15 semalam. Balik jam 1 pagi LEBAI mengulangkaji sehingga ke subuh dan terus ke kuliah di sebelah pagi. Pada masa itu, LEBAI hidup dalam keadaan yang sangat sukar. Itulah rutin hidup LEBAI selama 2 semester sebelum LEBAI akhirnya diberi pinjaman oleh LEMBAGA BIASISWA NEGERI KEDAH.
Hidup LEBAI kemudian bertambah ‘lega’ apabila berjaya menempatkan diri sebagai RA kepada Ayahanda Profesor Madya DR HAILANI MUJI TAHIR. Ayahanda yang banyak membantu. Akhirnya LEBAI berjaya menyiapkan tesis MA yang bertajuk Usul dan Kaedah Fiqh dalam Pembangunan Pasaran Modal Islam di Malaysia.
Dalam masa yang sama, LEBAI memohon untuk KPLI dan hati LEBAI lega apabila terpilih dan ditempatkan di MPIK dan sekolah praktikum pada ketika itu di SK DUSUN NANDING. Di sinilah kerjaya LEBAI sebagai guru j-QAF bermula.
SEDIH kerana terpaksa meninggalkan SKDN yang hampir 4 tahun LEBAI jatuh dan bangun bersamanya. Pentadbir yang cukup menyokong setiap aktiviti yang ingin LEBAI laksanakan. Syukran Tuan GB, Puan Nazirah, Barisan GPK Tuan Azman, Puan Normadiah dan Puan Ropitah.
SEDIH kerana terpaksa meninggalkan sahabat-sahabat seperti SIFU, AMAL, CHE MAN, CHIP BEN, JIJAN, PEJAL, AMIL,HISHAM,SIR, ABG AJAK, ITO, WAN, YASIR, NAZRI MPT dan NAZRI PERKASA. Kalian adalah insan yang menggembirakan LEBAI, betul….sungguh…
SEDIH kerana terpaksa meninggalkan ‘KAKAK –KAKAK’ yg selalu bagi LEBAI ‘MAKANAN & MINUMAN FREE’…he he he….KAK NORMAH, KAK LIZA, KAK HALI, KAK LILY, KAK YANI, KAK ZANA DAN KAK SAL. Hari-hari LEBAI ‘pau’ diaorang ni….ada ajelah…sushi,nasi lemak,limau,air kotak, kuih, biskut, kerepek dan sebagainya…LEBAI pinjam kata-kata AMAL pada tanggal 16 Ogos 2009…’LEBAI ni banyak kakak kat SKDN, jeles I’…he he he..jgn marah TN SYEIKH…LEBAI anak dan adik ‘bongsu’…he he paham-paham ajelah…
SEDIH kerana terpaksa meninggalkan rakan-rakan j-QAF yang menganggap diri LEBAI sebagai adik beradik sendiri…kepada LIA…your are great teacher, your are great friend…tak pernah marah aku walaupun kadang-kadang aku ‘mengular’ dek kerana tugasan lain untuk sekolah yang terlalu banyak terbeban atas bahuku. Terima kasih atas kesudian memahami diriku dan situasi yang perlu aku tempuhi.
NOR..awak pula tak pernah walau sedikitpun berkasar dengan saya. Tak pernah, ya.. tak pernah walaupun sekali…itu istimewanya awak. Apapun saya harapkan agar awak sentiasa success dalam tugasan yang diberi. NOR tolong bantu LIA dan MAS dalam apa jua keadaan.
MAS…hemmm, adik paling ‘kecil’ dalam j-QAF..rajin, bersemangat, gigih dan komited…bagus..kekalkan komitmen anda MAS..tolong bantu LIA dan NOR dalam apa saja tugasan j-QAF selepas ketiadaan LEBAI kelak..Tapi jangan buat keja sorang tau…nanti tension..ha ha ha…
BUAT INDIVIDU yang tidak LEBAI CORETKAN di sini…anda juga pada hakikatnya banyak membantu LEBAI, Cuma ruangan yang terbatas ini LEBAI tak mampu nak coretkan ke semuanya…Kalian semua tetap dalam ingatan LEBAI. LEBAI sentiasa doakan kalian.
Buat akhirnya….LEBAI menghulurkan salam perpisahan, semoga mendapat pengganti yang PASTINYA lebih baik dari LEBAI.
TERIMA KASIH PAK LAH
TERIMA KASIH KPM
TERIMA KASIH JPNS
TERIMA KASIH PPDHL
TERIMA KASIH SKDN
SALAM, SALAM KEMAAFAN
SALAM,SALAM PERPISAHAN
SALAM,SALAM PERSAHABATAN
SALAM,SALAM PERJUANGAN
Yang benar..
LEBAI YUSRI
11 SEPTEMBER 2009
4.02 AM
SENARAI GRADUAN SESI 2016
-
*SENARAI PELAJAR YANG AKAN DIIJAZAHKAN DI MAJLIS PENGIJAZAHAN DARUSSYIFA'
PADA 25-DIS-2016 (AHAD).*
Kepada pelajar Pengubatan Islam Darussyifa' Bangi Kumpu...
7 years ago
7 comments:
salam lebai, di sabah tarikh 16 september merupakan suatu coretan yang amat penting telah terukir indah. tapi bagi seorang lebai yang telah lama menelusuri kelana diri akhirnya 16 september ini merupakan satu langkah yang besar, kali ini si lebai akan pulang ke menara gading lagi..tapi kali ini langkahnya berlainan tidak seperti di um ataupun di ukm, yang mana langkah seorang kelana yang sentiasa dahagakan tinta ilmi, tapi....langkah seorang yang akan memegang tinta ilmi itu sendiri....mencoret, mengkaji dan memberi pada kelana sepertinya nanti.....selamat melangkah ke alam baru...dari jedi
aduhai..
tersentuh..
teman lalui,
dan
rasainya..
teman
dapat
hayati
perasaan
tn lebai
@
tn psyarah..
tatkala
menghadapi
suatu
yang bernama
'perpisahan'
...
segala
takdirnya
kita
terima
dengan
rela
dan
redha.
akur
dan
syukur
...
biarpun
kita
berpisah,
tapi
jangan
sesekali
menyebut
'selamat
tinggal'
...
tapi
ucapkanlah
"semoga
masih
bisa
ketemu
lagi"
...
jauh
di
mata
tapi
sentiasa
dekat
di
hati
...
atas
nama
persaudaraan
atas
nama
persahabatan
...
doa
buat
tn lebai
@
tn psyarah
-
semoga
Allah
memberimu
kejayaan
dan
kebahagiaan
di dunia
jua
akhirat
...
amiin.
salam jedi..
hu hu hu...tak sangka hang pun pandai main bahasa..bijak...meruntun jiwa...insya allah..aku akan menjadi seorang guru yang baik di sana..insya allah..memberikan sumbangan yang terbaik untuk satu-satunya universiti yang menghargai diriku ini..insyaallah...
salam tn amal..
terima kasih atas tinta rasa tuan...alhamdulillah lebai bersyukur atas nikmat kurniaannya..he he he tn amal..mcm penulisan kts jer...eh eh eh dik manira..he he
aduh ummi pulak yg hiba baca coretan mu dik lebai , saat perpisahan memang menyedihkan , tp sekejap jer , lepas ni bergelumang dgn tugasan baru yg mungkin lg tercabar.
Salam Ummi..t.ksh kak...
itu sekelumit kisah hidup lebai...insyaallah bila di sana lebai akan buat yang terbaik...untuk anak didik baru dan suasana baru..kak tolong doakan saya..
salam,
1.tahniah dapat menjawat jawatan pensyarah yang diidam-idamankan sekian lama.
2. enta berhenti ke jadi cikgu tu?
Ahmad Fadzli Fauzi
0192709744
Post a Comment